Perubahan Besar-Besaran Struktur Badminton Malaysia
UltraSukan
BA Malaysia
Sponsors

Struktur kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilaporkan mengalami perubahan drastik.

Menerusi laporan wartawan, Syakirah Zulkifly, rombakan dilakukan oleh pihak BAM melibatkan beberapa jurulatih setelah perbincangan dilakukan memakan masa hampir sebulan.

Ad

“Selepas sebulan perbincangan penstrukturan barisan kejurultihan berlangsung, BAM umumkan senarai baharu hari ini,” tulis Syakirah di laman X.

Ad

Antara perubahan besar yang dilakukan adalah dengan tidak menyambung kontrak Hendrawan selaku jurulatih perseorangan lelaki dan juga Ameer Amri Zainuddin yang bersama skuad remaja.

“Kontrak dua jurulatih tidak disambung, iaitu Hendrawan yang telah berkhidmat bersama skuad kebangsaan selama 15 tahun dan jurulatih skuad remaja, Ameer Amri Zainuddin,” tambah Syakirah.

Ad

Perubahan lain pula melibatkan jurulatih beregu wanita, Hoon Thien How yang bakal menggalas cabaran baharu sebagai jurulatih beregu lelaki remaja diketuai Pang Cheh Chang.

Ad

Manakala Datuk Tey Seu Bock yang sebelum ini bersama pasukan senior akan mengetuai skuad perseorangan lelaki remaja negara sambil dibantu oleh Goh Giap Chin.

Ad

Daripada senarai kejurulatihan yang baharu ini menyaksikan jawatan ketua jurulatih perseorangan lelaki negara masih belum diumumkan oleh pihak BAM.

Begitu juga dengan ketua jurulatih perseorangan dan beregu wanita negara yang masih kosong dan tugas tersebut diambil alih sementara oleh Jeffer Rosobin, Misbun Ramadan serta Ching Kai Feng.