Ads
Pestabola Merdeka: Jurulatih Lubnan Anggap Malaysia Lawan Berbeza
Asia
FA Malaysia

Pengendali Lubnan, Miodrag Radulovic menyifatkan skuad Malaysia kali ini berbeza berbanding lawan yang dihadapi pada 2017 dan 2018.

Advertisements

Malaysia gagal mengecapi sebarang kemenangan bila berdepan The Cedars dalam dua aksi kelayakan Piala Asia 2019. Skuad negara tewas dua kali dengan keputusan sama iaitu 2-1.

Advertisements

Menariknya, orang yang bertanggungjawab merencana kemenangan pasukan itu ke atas Harimau Malaya ialah Radulovic.

Advertisements
Advertisements

Meskipun begitu, jurulatih Montenegro itu mengakui skuad Harimau Malaya kali ini cukup berbeza daripada skuad yang dihadapinya dahulu.

Ini kerana Harimau Malaya dibarisi ramai pemain berkualiti termasuk pemain berstatus naturalisasi. Dan beliau menjangkakan skuad negara akan memberi tentangan sengit apabila kedua-dua pasukan bertemu di pentas final Pestabola Merdeka 2024.

Advertisements

“Kita menang kedua-dua perlawanan (dengan keputusan) 2-1. Tapi sekarang, (skuad negara) kali ini ada perbezaan yang besar. Beberapa pemain yang saya katakan sebelum ini di setiap bahagian, mereka memiliki kualiti menarik.

“Mereka cukup tersusun (macam) Filipina dan aksi esok cukup bagus untuk saya dan pemain-pemain saya. Ia satu pengalaman yang bagus berhadapan pasukan yang kuat seperti Malaysia,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.

Bagi membantunya menghadapi skuad negara, Radulovic turut berhubung dengan pemain-pemain Montenegro yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M). Antara pemain yang dirujuknya ialah bek tengah KL City FC, Adrijan Rudovic.

Mereka bukan saja membantu Radulovic dari segi maklumat tentang skuad negara. Malah, ini membantunya lebih mengenali saingan Liga M.

“Sudah tentu, saya gunakan maklumat daripada mereka. Tapi saya juga (dapat maklumat) daripada bekas pemain saya dalam skuad kebangsaan Montenegro seperti (Argzim) Redzovic dari Terengganu dan (Adrijan) Rudovic dari Kuala Lumpur (KL City).

“Saya juga terima maklumat daripada bekas pemain kebangsaan Montenegro tentang pertandingan, kualiti liga dan maklumat sesetengah pemain,” tambahnya.

Lubnan mara ke final Pestabola Merdeka 2024 apabila mengatasi cabaran juara bertahan, Tajikistan dalam aksi awal kejohanan.

Advertisements

Malaysia dan Lubnan bakal berentap bagi menentukan juara Pestabola Merdeka 2024. Perlawanan bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 8 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram