Pestabola Merdeka: Rekod 5 Pertemuan Terakhir Malaysia vs Filipina
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Rekod pertemuan silam dijangka memberi kelebihan psikologi kepada Malaysia bila berdepan Filipina dalam aksi Pestabola Merdeka 2024.

Ini kerana dalam lima pertemuan terakhir membabitkan kedua-dua pasukan sejak 2012, Harimau Malaya tidak pernah tewas kepada The Azkals. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan sebanyak empat kali sehingga 2017.

Ad

Kemenangan kembali dicapai skuad negara apabila menewaskan Filipina 2-0 pada 23 Mac 2022 di Singapura untuk Tri Nation Tournament 2022. Menariknya, perlawanan tersebut juga perlawanan pertama Kim Pan-gon sebagai pengendali Harimau Malaya ketika itu.

Ad

Dua gol hasil sumbangan pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid memastikan Malaysia meraih kemenangan. Ini juga kemenangan pertama skuad negara ke atas The Azkals sejak aksi ASEAN Championship edisi 2007.

Malaysia yang ketika itu dibimbing Norizan Bakar membelasah Filipina 4-0 dalam aksi peringkat kumpulan. Hairuddin Omar, Nizaruddin Yusof dan gol sendiri Anton de Rosario memastikan kemenangan milik Harimau Malaya.

Ad

Menariknya, ramai pemain skuad negara yang mengecapi kemenangan pada 2022 dipanggil Pau Marti Vicente untuk kempen Pestabola Merdeka 2024.

Ad

Antara nama yang dipanggil jurulatih Sepanyol itu ialah Akhyar, Arif Aiman Hanapi, Dion Cools, Syamer Kutty Abba, Corbin Ong, Syafiq Ahmad dan Zhafri Yahya.

Ad

Manakala Neil Etheridge, Kevin Ray Mendoza, Patrick Reichelt, Justin Baas dan Amani Aguinaldo pula sebahagian daripada pasukan Filipina tahun berkenaan.

Aksi ini juga menampilkan pengendali baru bagi kedua-dua pasukan. Pau Marti menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih Harimau Malaya selepas Pan-gon meletak jawatan pada Julai lalu.

Sementara Norman Fegidero pula menggalas peranan sebagai pengendali interim Filipina. Ini selepas jurulatih sebelumnya, Tom Saintfiet meletak jawatan untuk mengambil alih skuad kebangsaan Mali.

Malaysia dan Filipina bakal berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 4 September ini. Pemenang bakal mara ke final Pestabola Merdeka 2024.