Ads
Asia Tenggara
Philippines FF

Filipina mengumumkan Norman Fegidero sebagai pemangku jurulatih skuad senior negara itu menjelang Pestabola Merdeka 2024.

Advertisements

Persiapan The Azkals untuk menghadapi kejohanan berprestij itu terjejas apabila Tom Saintfiet meletak jawatan sebagai ketua jurulatih. Perkara ini diumumkan Persekutuan Bola Sepak Filipina (PFF) pada 29 Ogos lalu.

Advertisements

Menurut Pengarah Pasukan Senior Kebangsaan PFF, Freddy Gonzalez, Saintfiet berbuat demikian selepas menerima tawaran melatih skuad senior Mali. Hal ini mendorong PFF melepaskan khidmatnya bagi membolehkan mereka mencari jurulatih lain dengan segera.

Advertisements

Advertisements

Gonzalez kemudiannya mengumumkan nama Fegidero sebagai pemangku jurulatih The Azkals. Jurulatih berusia 54 tahun itu bukan asing dengan skuad senior kerana menggalas peranan sebagai pembantu Saintfiet.

Fegidero turut mendapat sokongan beberapa staf tambahan dari skuad bola sepak wanita Filipina untuk menghadapi Pestabola Merdeka 2024.

Advertisements

“Dengan Piala Merdeka (Pestabola Merdeka) bakal berlangsung beberapa hari saja lagi, skuad bola sepak lelaki kebangsaan Filipina telah menugaskan Norman Fegidero untuk mengambil alih sebagai pemangku jurulatih.

“Buat sementara ini, beliau akan disokong staf kejurulatihan skuad bola sepak wanita Filipina dengan Mark Torcaso, Andrew Durante, Sinisha Cohadzic, dan Garrath McPherson menyatakan komitmen untuk membantu,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Filipina bakal berdepan tuan rumah Malaysia untuk aksi pertama Pestabola Merdeka 2024. Perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram