Pestabola Merdeka 2024 bakal menyaksikan Harimau Malaya berdepan cabaran Filipina, Lebanon dan juara edisi sebelumnya, Tajikistan.
Edisi 2023 menyaksikan Harimau Malaya terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara apabila tewas kepada The Crowns di pentas final. Tajikistan yang ketika itu dibimbing Petar Segrt meraih kemenangan 2-0.
Pasukan Asia Tengah itu ingin mempertahankan gelaran juara yang diraih pada tahun lepas di bawah kendalian jurulatih Georgia, Gela Shekiladze. Menariknya, Shekiladze merupakan pembantu Segrt di sebalik kejayaan bergelar juara edisi 2023.
Filipina dan Lebanon melengkapkan senarai empat pasukan yang akan bersaing dalam Pestabola Merdeka. The Azkals yang dibimbing Tom Saintfiet mahu menjadikan kejohanan ini sebagai pemanas badan untuk ASEAN Championship 2024.
Sementara The Cedars yang dibimbing jurulatih Montenegro, Miodrag Radulovic melihat ini pentas menguji keupayaan anak buahnya menjelang pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 pada 2025.
Waktu & Lokasi Pestabola Merdeka
1- Lubnan vs Tajikistan
Tarikh: 4 September 2024 (Rabu)
Masa: 4.30 Petang
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil
2- Malaysia vs Filipina
Tarikh: 4 September 2024 (Rabu)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil
3- Penentuan Tempat Ketiga dan Keempat
Tarikh: 8 September 2024 (Ahad)
Masa: 4.30 Petang
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil
4- Final Pestabola Merdeka
Tarikh: 8 September 2024 (Ahad)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil