Petar Segrt Tolak Tawaran Dua Kelab Gergasi Liga Super
Liga Super
Azri / MakanBola
Advertisements

Bekas jurulatih Tajikistan, Petar Segrt mendedahkan mengenai minat dari kelab Liga Super bagi mendapatkan khidmat beliau.

Nama Segrt bukanlah asing dalam kalangan peminat bola sepak di Asia Tenggara apabila pernah membimbing beberapa kelab di Indonesia dan berhasil memenangi kejohanan di Thailand dan Malaysia beberapa tahun lalu.

Menurut beliau, selepas meninggalkan pasukan Tajikistan, terdapat beberapa kelab di Malaysia yang menawarkan jawatan buatnya, namun beliau mengambil keputusan untuk berehat sebentar.

Advertisements

“Saya memang menerima beberapa tawaran baru-baru ini daripada dua kelab gergasi Malaysia untuk mengetuai pasukan dalam Liga Super, tetapi saya menolaknya kerana saya memerlukan rehat selepas bertahun-tahun bekerja keras dengan Tajikistan,” katanya kepada Scoop.

Walau bagaimanapun, identiti dua kelab tersebut dirahsiakan oleh jurulatih kelahiran Croatia itu dan tidak menolak kemungkinan untuk membimbing kelab di Malaysia suatu hari nanti.

Advertisements

“Saya tidak boleh mendedahkan nama kelab kerana saya perlu menghormati privasi mereka. Siapa tahu saya mungkin suatu hari nanti menguruskan kelab Liga Super, tetapi bukan sekarang,” ujar bekas jurulatih PSM Makassar itu.

Jurulatih yang terkenal dengan sifat peramah ini bukan sahaja menerima tawaran dari kelab di Malaysia, malah beberapa pasukan di sekitar Eropah turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Advertisements

“Selain Malaysia, saya juga menerima beberapa tawaran daripada kelab Eropah dan beberapa pasukan kebangsaan di Eropah,” kata Segrt ketika dihubungi.

Dengan beberapa tawaran yang diterima, pengendali berusia 57 tahun ini memilih untuk mengambil sedikit masa lagi untuk menentukan hala tuju kariernya dan mengakui cabaran membimbing pasukan kebangsaan lebih menarik minatnya.

Advertisements

“Saya akan menentukan masa depan saya dalam tempoh tiga hingga empat minggu akan datang, tetapi pilihan saya buat masa ini adalah untuk menguruskan pasukan kebangsaan.

“Mengurus pasukan kebangsaan adalah lebih mencabar bagi saya kerana saya suka mengetuai pasukan untuk kejohanan berprestij,” tambah Segrt.

Segrt meninggalkan skuad Tajikistan setelah membawa negara Asia Tengah itu mencipta kejutan mara ke suku akhir Piala Asia Qatar Januari lalu dalam penampilan pertama negara tersebut.

Tempat beliau walau bagaimanapun kini diambil alih oleh jurulatih kelahiran Georgia, Gela Shekiladze yang merupakan pembantu kepada Segrt sejak 2015.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram