Advertising
Peter Cklamovski: Kita Perlu Sedar Diri
MakanBola
FA MALAYSIA

Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski berharap peminat dan semua pihak untuk berpihak pada bumi yang nyata.

Beliau dalam satu sesi temu bual bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menzahirkan rasa bangga selepas dilantik untuk mengemudi skuad kebangsaan.

Ad

“Saya akat teruja dan berbangga untuk menjadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya. Saya juga mahu membimbing pasukan ke arah lebih baik.

Ad

“Saya juga tahu bahawa ketika ini, kita (Malaysia) memiliki banyak tugas untuk dilakukan.

Sasaran awal beliau adalah untuk memberikan lebih banyak kejayaan kepada skuad negara dalam segenap cabang.

Ad

“Apa yang penting, di mana juga saya berada, kita mencipta budaya, membina bola sepak dengan lebih berkembang membawa pasukan ke tahap yang lebih baik,” katanya kepada FAMTV Malaysia.

Ad

Bekas pengendali FC Tokyo ini juga menzahirkan penghargaan atas peluang yang diberikan namun mahu membina pasukan secara bertahap.

Ad

“Saya mahu menggunakan pengalaman saya di sini untuk memimpin projek DYAM Tunku Mahkota Ismail dan dengan cita-cita baginda dan paling penting, kita perlu merendah diri.

“Kita juga perlu sedar di mana kita berada ketika ini dan bekerja keras satu langkah ke langkah yang lain,” tambahnya.

Ujian awal Peter dan Harimau Malaya adalah aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac ini.