Advertisement
Peter Cklamovski & Thomas Tuchel Buka Langkah Seiring
Harimau Malaya
MakanBola
FAM/FAE

Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski dan juga Thomas Tuchel membuka langkah seiring pada permulaan Januari 2025.

Jurulatih kelahiran Australia itu merupakan watak baharu yang bakal memacu cabaran skuad kebangsaan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran besar kepada Cklamovski untuk memacu kejayaan pasukan negara dalam tempoh singkat ini.

“Beliau hadir ke Malaysia untuk menyediakan satu set staf kejurulatihan yang mantap demi memastikan para pemain yang dipanggil ke kem latihan skuad Harimau Malaya diberi tunjuk ajar yang sebaiknya.

“Hal ini sekali gus dapat meningkatkan kemampuan dan kemahiran mereka untuk beraksi di perlawanan peringkat antarabangsa.

Peningkatan ranking FIFA dan juga ke Arab Saudi 2027 antara sasaran awal FAM kepada bekas pengendali FC Tokyo ini.

“Sebagai permulaan, misi utama Cklamovski adalah untuk memastikan skuad Harimau Malaya berjaya mengungguli saingan kelayakan Kumpulan F bagi mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

“Harimau Malaya juga mahu memperbaiki ranking FIFA untuk menuju ke kedudukan 100 terbaik dunia,” jelas kenyataan FAM.

FA England juga mengumumkan bahawa Thomas Tuchel secara rasminya bakal menulakan tugas untuk melatih The Three Lions pada Januari ini.

Thomas Tuchel juga menganggap satu penghormatan melatih England dan mahu melakukan tugas sebaik mungkin.

“Saya amat berbangga kerana diberi penghormatan mengetuai pasukan England. Saya telah lama merasakan hubungan peribadi dengan permainan di negara ini, dan ia telah memberikan saya beberapa detik yang luar biasa.

“Berpeluang membimbing England adalah satu keistimewaan yang besar, dan peluang untuk bekerja dengan kumpulan pemain istimewa dan berbakat ini sangat mengujakan,” ujarnya.

Sasaran awal Harimau Malaya adalah untuk mara ke Piala Asia 2027 manakala England menyimpan hasrat untuk muncul juara Piala Dunia 2026.