Advertising
Peter Cklamovski Mulakan Tugas Harimau Malaya Lebih Awal
MakanBola
FC Tokyo

Jurulatih baharu skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski memulakan tugasnya lebih awal daripada yang dijangka.

Umum mengetahui bahawa Cklamovski bakal memulakan tugasnya pada 1 Januari 2025 namun jurulatih kelahiran Australia itu sudah melakukan kerja awal dengan mengumpul data pemain-pemain Malaysia di Liga Super dan luar negara.

Ad

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pencetus revolusi baharu Harimau Malaya yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim.

Ad

“Jurulatih baharu (Cklamovski) dan pengarah sukan sedang mengumpul data pemain Malaysia di Liga Super dan luar negara. Ianya bukan tugas yang mudah. Ianya memerlukan masa namun perlu memulakannya sekarang,” jelas Tunku Ismail dalam satu muat naik di laman X.

Pelantikan Cklamovski merupakan lantikan baharu bagi menggantikan tugas jurulatih sementara Malaysia, Pau Marti Vicente.

Ad

Selain Cklamovski, bekas pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain juga dilantik bagi mengisi jawatan jurulatih skuad bawah 23 tahun negara.

Ad

Manakala jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya telah diisi dengan bekas pemain kebangsaan Kanada, Rob Friend menjadi pilihan.

Ad