Philippe Troussier Minta Maaf Kepada Vietnam
Asia Tenggara
Vietnam FF
Advertisements

Bekas jurulatih Vietnam, Philippe Troussier membuat permohonan maaf selepas meninggalkan pasukan itu baru-baru ini.

Selepas tewas 3-0 kepada Indonesia dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada 26 Mac lalu, khidmat bekas pengendali Jepun itu ditamatkan oleh Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF).

Setelah kembali ke Perancis, Troussier kemudiannya menulis satu hantaran di media sosial seperti yang dilaporkan TheThao 247.

Advertisements

Dalam hantaran tersebut, bekas pengendali Qatar itu bukan saja memohon maaf kerana gagal memberikan keputusan positif kepada Pahlawan Bintang Emas.

Malah, Troussier berharap semangat kolektif dan disiplin yang ditampilkan pemain Vietnam dapat dijadikan sebagai tonik untuk bangkit semula menjelang baki dua aksi kelayakan pada Jun ini.

“Bila saya menyerahkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, pengembaraan ini berdepan dengan pelbagai cabaran, saya masih percaya potensi pembangunan dan ketabahan bola sepak Vietnam.

Advertisements

“Selepas lebih setahun bekerja bersama para pemain dan staf kejurulatihan, saya tidak berhenti menyatakan kekaguman pada disiplin dan semangat kolektif yang ditampilkan pasukan.

“Sebagai pemimpin, saya mengambil tanggungjawab atas keputusan-keputusan yang mengecewakan. Kepada semua penyokong Vietnam yang bersemangat, saya ingin menyatakan penghargaan dan terima kasih yang ikhlas kepada anda.

“Semangat anda menjadi sumber inspirasi skuad kebangsaan Vietnam. Saya bersyukur dengan galakan yang diberi meskipun pasukan Vietnam mengharungi tempoh yang paling sukar,” katanya.

Advertisements

VFF sudah mula menggerakkan usaha mencari jurulatih baru menggantikan Troussier. Antara nama yang dikaitkan dengan jawatan tersebut ialah Mano Polking, Kiatisuk Senamuang dan Park Hang-seo.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram