Piala Asia Bola Sepak Pantai: Bahrain ‘Berpeluh’ Kalahkan Malaysia
UltraSukan
AFC Asian Cup
Sponsors

Malaysia membuka tirai aksi di Piala Asia Bola Sepak Pantai dengan langkah kiri apabila tumbang kepada Bahrain pada Jumaat

Kedua-dua pasukan turun dengan misi besar untuk melakar kemenangan pertama dalam aksi pembuka tirai kumpulan D tatkala pasukan negara berdepan cabaran bekas juara 2006, Bahrain.

Ad

Hafizal Alias dan Ridhwan Zainal menjadi taruhan penting oleh pengendali Malaysia, Saiful Md Noor manakala Bahrain pula menurunkan gandingan Ali Hasanain serta Isa Ghaleb.

Ad

Babak pertama menyaksikan skuad Bahrain terlebih dahulu di hadapan menerusi rembatan jarak jauh Samoul Elsir Alnoor yang berjaya mengatasi penjaga gawang negara, Mohamad Syujak.

Pantang menyerah, pasukan negara terus rancak mengatur gerak dan berhasil menjaringkan gol penyamaan tidak lama kemudian hasil tolakan mudah Hafizal Alias dari dalam kotak penalti.

Ad

Bersambung babak kedua, pemain Bahrain terus mengasak kubu Malaysia dan berhasil meledak jaringan kedua apabila rembatan penjaga gol, Sayed Mohamed Abbas terus masuk ke gawang Malaysia.

Ad

Pintu gol negara dibolosi buat kali ketiga apabila Faris Iman tertanduk bola ke gawang sendiri di pertengahan aksi untuk Bahrain kembali mendahului selesa dengan keputusan 3-1.

Ad

Malaysia kembali merapatkan kedudukan 3-2 sebelum rehat hasil sepakan gunting oleh Mohamad Nurazman sebelum tandukan deras Ridhwan Zainal berjaya mengikat skor di awal babak ketiga.

Jaringan lewat menerusi tandukan Isa Ghaleb di penghujung aksi membuatkan pasukan negara terpaksa akur tumpas di tangan Bahrain yang merupakan juara Piala Asia edisi 2006 yang lalu.

Aksi di Jomtien Beach Arena, Pattaya berakhir dengan keputusan 4-3 memihak Bahrain.

Perlawanan seterusnya di kumpulan D bakal menyaksikan pasukan kebangsaan turun berdepan Oman pada 23 Mac manakala Bahrain bertemu Vietnam pada hari yang sama.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments