Pemain bola sepak pantai negara, Qushairi Asaari teringin melihat Malaysia beraksi dalam saingan Piala Dunia Bola Sepak Pantai.
Semakan pada catatan sejarah mendapati Malaysia pernah layak ke saingan Kejohanan Dunia Bola Sepak Pantai (BSWC) 1999.
Walau bagaimanapun, skuad negara terkandas di peringkat kumpulan apabila tewas kepada Portugal dan Amerika Syarikat.
Sejak itu, BSWC digantikan dengan saingan Piala Dunia Bola Sepak Pantai yang bermula pada tahun 2005.
Meskipun mengakui berdepan dalam saingan Piala Asia Bola Sepak Pantai, Qushairi percaya Malaysia memiliki kemampuan untuk layak ke Piala Dunia Bola Sepak Pantai.
“Ya, ia satu mimpi bagi setiap pemain untuk muncul di pentas Piala Dunia dan terutama bagi kami di Malaysia kerana Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia Bola Sepak Pantai.
“Kita melihat ini sebagai peluang terbaik kita dapat untuk pasukan melakar sejarah dan buat kali pertama mara ke Piala Dunia,” katanya kepada FIFA.com.
Malaysia bakal membuka kempen Kumpulan D dengan menentang Bahrain pada 21 Mac.