Piala Asia Bola Sepak Pantai: Oman Ke Suku Akhir, Peluang Malaysia Tipis
UltraSukan
AFC Asian Cup
Sponsors

Malaysia terpaksa akur mengalami kekalahan kedua apabila tewas kepada Oman dalam aksi kedua Piala Asia Bola Sepak Pantai pada Ahad.

Setelah akur tewas tipis di tangan Bahrain pada Jumaat lalu, Malaysia turun dengan misi bangkit mencari 3 mata apabila bertemu juara Asia 2015, Oman dalam aksi kedua kumpulan D.

Ad

Kelibat penyerang berbisa, Ridhwan Zainal sekali lagi menjadi pilihan pengendali Malaysia, Saiful Md Noor untuk membarisi senarai pemain manakala Oman turun dengan kapten, Khalid Khamis.

Ad

Turun berseragam putih, Oman terlebih dahului menerusi gol Abdullah Masoud Salim yang bijak melepasi penjaga gawang negara, Syujak Nasir untuk jaringan pertama perlawanan ini.

Ad

Oman gandakan kelebihan sebelum rehat dengan gol kedua di minit ke-11 permainan menerusi jaringan Mushel Hilal dan membolehkan bekas juara Asia itu unggul hingga rehat tiba.

Ad

Aksi di babak kedua menyaksikan tonggak negara, Hafizal Alias kembali merapatkan jurang dengan gol pertama buat Malaysia hasil rembatan deras kaki kanan pada minit ke-18.

Ad

Usaha keras Malaysia memburu gol kedua akhirnya menjadi kenyataan apabila Qushairie Asaari mengukir nama sebagai penjaring dengan jaringan penyamaan untuk mengikat skor.

Musallam Mahfoodh kembali meletakkan Oman di hadapan dengan gol ketiga untuk skuad kendalian Talib Hilal setelah rembatan leret kaki kirinya terus menerjah ke gawang negara.

Dua lagi jaringan oleh Al Muraiki membolehkan Oman selesa mendahului 5-2 sebelum Hafizal Alias berhasil menjaringkan gol ketiga Malaysia untuk menghidupkan perjuangan negara.

Tandukan Mandhar Hilal di hujung permainan mengesahkan kemaraan Oman ke suku akhir sementara Malaysia kini pula berdepan tugas sukar untuk iringi negara dari Teluk Parsi ini.

Pertembungan sengit di Jomtian Beach Arena, Pattaya berakhir dengan keputusan 6-3 memihak Oman.

Keputusan ini menyaksikan Oman sah ke suku akhir setelah mengumpul 6 mata tatkala Malaysia pula berada di tangga tercorot dan perlu mencatat kemenangan besar selepas ini untuk mara.

Aksi terakhir kumpulan D bakal menyaksikan Malaysia akan bertemu Vietnam pada Selasa, 25 Mac ini sementara Oman dijadualkan menentang Bahrain pada hari yang sama.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments