Piala Dunia: Amerika Syarikat Ikat England
Piala Dunia
FIFA World Cup
Advertisements

Aksi kedua Kumpulan B Piala Dunia 2022 di Stadium Al-Bayt menyaksikan England dipaksa seri tanpa jaringan dengan Amerika Syarikat. Tetapi itu menjamin rekod tanpa kalah Three Lions dan The Yanks selepas dua perlawanan.

Babak pertama menyaksikan England mendominasi minit-minit awal perlawanan. Pada minit ke-10, Bukayo Saka menghantar bola kepada Harry Kane sebelum penyerang Spurs itu meledakkan satu rembatan ke arah gawang Amerika Syarikat. Bagaimanapun, percubaannya itu dihalang bek tengah Nashville SC, Walter Zimmerman.

USA perlahan-lahan mencipta peluang mereka dan ia terhasil menerusi tandukan Haji Wright hasil umpanan Weston McKennie pada minit ke-18. Bagaimanapun, pertahanan England tidak terganggu dengan percubaan tersebut kerana ia langsung tidak mengenai sasaran.

Advertisements

Lapan minit selepas itu, Timothy Weah mendapati McKennie tidak dikawal pertahanan England dalam kotak penalti mereka. Hantaran Weah berjaya disambar pemain sayap Juventus itu tetapi percubaannya ke arah gawang England menyaksikan bola terbang melepasi palang. Ini disusuli percubaan Christian Pulisic pada minit ke-33 tetapi percubaannya terkena palang gawang yang dikawal Jordan Pickford.

Tersentak, England membalas menerusi percubaan Mason Mount ke arah gawang The Yanks pada minit akhir babak pertama tetapi dinafikan penjaga gol Arsenal, Matt Turner. Kedudukan 0-0 kekal sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan terus buntu mencari gol. Peluang terbaik Three Lions ialah hantaran Luke Shaw yang ditanduk Kane pada minit ke-93 tetapi tandukan penyerang Spurs itu jauh tersasar. Pada akhirnya, England dan USA terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Advertisements

Selepas dua perlawanan, England mendahului kumpulan dengan empat mata. Manakala Amerika Syarikat menduduki tangga ketiga kumpulan dengan dua mata. Three Lions boleh mara ke pusingan seterusnya dengan seri atau menewaskan Wales pada 30 November. Sementara USA pula perlu menang dengan Iran sekiranya mahu menjadi layak ke pusingan seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram