Piala Dunia
Roy Nemer
Advertisements

Argentina terpaksa bekerja keras sebelum dapat menundukkan Australia 1-0 dalam satu lagi aksi kalah mati Piala Dunia 2022. Dengan kemenangan ini, Albiceleste bakal bertemu Belanda di peringkat suku akhir bagi menentukan pasukan mana layak ke separuh akhir.

Separuh masa pertama menyaksikan Argentina bergelut menembusi pertahanan Socceroos yang dibimbing Graham Arnold. Tetapi bila ada legenda bertaraf dunia bernama Lionel Messi dalam pasukan, ramai penyokong Argentina percaya walau sekuat masa Australia bertahan, lambat-laun ia akan dibolosi juga.

Ternyata telahan para penyokong Albiceleste menjadi kenyataan pada minit ke-35. Selepas bola berjaya dikeluarkan dari pertahanan Socceroos, Messi menerima satu hantaran dari luar kotak penalti sebelum tenang melepaskan rembatan lencong menuju ke penjuru bawah gawang yang gagal diselamatkan bekas penjaga gol Brighton, Mat Ryan. Gol tersebut turut meletakkan Messi sebagai penjaring terbanyak Argentina dalam Piala Dunia mengatasi Diego Maradona.

Advertisements
Julian Alvarez Argentina Piala Dunia 2022 Statman Dave Piala Dunia: Argentina Bakal Bertemu Belanda Di Suku Akhir
Julian Alvarez meraikan jaringannya pada minit ke-57. Gambar: Statman Dave

Selepas rehat, Australia terus ketinggalan 2-0 hasil kesilapan Ryan pada minit ke-57. Tindakan penjaga gol Copenhagen itu untuk cuba membuat hantaran daripada membuat sepakan jauh mengakibatkan dirinya ditekan oleh Rodrigo de Paul. Akibat terlalu fokus kepada de Paul, penyerang Manchester City Julian Alvarez mudah mencuri bola dan dan menolaknya masuk ke gawang Socceroos.

Dengan Albiceleste mendahului 2-0, mereka mula mendominasi bola bagi mendapatkan gol ketiga. Messi menggelecek tiga pemain Australia sebelum bertukar hantaran dengan Alvarez tetapi berjaya disekat Socceroos pada minit ke-66. Begitu juga sepakannya pada minit ke-67 yang hanya melepasi palang gawang Ryan. Gol tersebut turut meletakkan Messi sebagai penjaring terbanyak Argentina dalam Piala Dunia mengatasi Diego Maradona.

Tatkala Argentina selesa mendahului, Australia merapatkan kedudukan menerusi gol sendiri Enzo Fernandez pada minit ke-77. Pemain gantian Craig Goodwin mencuba nasib menerusi rembatan dari luar kotak penalti tetapi sepakannya terkena Fernandez sebelum masuk ke gawang Argentina. Gol tersebut memberi keyakinan kepada Socceroos untuk mengejar tetapi larian solo Aziz Behich beberapa minit selepas itu menyaksikan sepakannya terbang melepasi gol Albiceleste.

Advertisements

Penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez hampir saja menjaringkan gol ketiga selepas Messi melarikan bola ke kotak penalti Australia pada minit ke-87. Bagaimanapun, selepas menerima hantaran legenda Barcelona itu, sepakan Martinez langsung tidak mengenai sasaran.

Dengan masa tambahan sebanyak tujuh minit, Australia berusaha mencari gol penyamaan. Tetapi mereka berdepan kesukaran keluar dari bahagian mereka kerana diserang bertubi-tubi jentera serangan Albiceleste diterajui Messi. Begitupun, pemain baru Newcastle Garang Kuol hampir menembusi gawang Argentina menerusi percubaan pada minit akhir perlawanan tetapi berjaya dinafikan Emiliano Martinez. Keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.

Dengan kemenangan ini, Belanda lawan Albiceleste seterusnya di peringkat suku akhir. Dengan Oranje masih belum kalah di bawah bimbingan Louis van Gaal dan turut beraspirasi menjadi juara dunia, anak-anak buah Lionel Scaloni harus bekerja keras mengatasi cabaran Belanda jika mahu layak ke separuh akhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram