Jaguh Asia Tenggara, Vietnam bakal berdepan tugasan sukar dalam saingan Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) 2026.
Ini kerana Vietnam berada dalam Kumpulan G bersama Mali, New Zealand dan Belgium. Ini berdasarkan cabutan undi kumpulan kejohanan yang diadakan di Zurich, Switzerland baru-baru ini.
Belgium dianggap pasukan mencabar susulan kejayaan mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Eropah B-17 2025.
Selain itu, pasukan Eropah itu juga memiliki sejarah menduduki tempat ketiga dalam kejohanan edisi 2015. Ini menunjukkan anak buah Cristiano Roland perlu berada di tahap terbaik jika ingin mara ke peringkat seterusnya.
Vietnam layak ke Piala Dunia selepas layak ke peringkat suku akhir Piala Asia B-17 2026 baru-baru ini. Vietnam mara selaku juara Kumpulan C.
Selain Vietnam, Qatar, Arab Saudi, Tajikistan, Australia, China, Jepun dan Korea Selatan juga beraksi dalam kejohanan ini.