Piala Dunia
CBS Sports Golazo
Advertisements

Hasrat Jepun untuk mara ke suku akhir Piala Dunia 2022 tidak kesampaian selepas ditewaskan Croatia 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan pusingan kalah mati hari ini.

Sebaik sepak mula, Jepun mula mengasak kubu Croatia terlebih dahulu. Dan anak buah Hajime Moriyasu hampir saja mendahului seawal minit ketiga menerusi tandukan Shogo Taniguchi selepas menerima hantaran Wataru Endo. Bagaimanapun, tandukan pemain pertahanan Kawasaki Frontale itu tersasar ke tepi goal Croatia.

Tersentak, Vatreni menguji pula gawang Shuichi Gonda menerusi percubaan Ivan Perisic pada minit kelapan. Kesilapan Takehiro Tomiyasu mengawal bola mengakibatkan pemain sayap Ivan Perisic mencuri bola dan melepaskan rembatan ke arah Gonda. Selepas berjaya menyelamatkan bola, berlaku perebutan bola dalam kotak penalti Jepun sebelum ia dapat ditangkap oleh penjaga gol Shimizu S-Pulse itu.

Advertisements

Empat minit kemudian, satu hantaran cantik Junya Ito mencetuskan huru-hara dalam kotak penalti Croatia. Bagaimanapun, kedua-dua Daizen Maeda dan Yuto Nagatomo gagal menolak bola menewaskan penjaga gol Dominik Livakovic. Ito sekali lagi berjaya melepasi Borna Barisic pada minit ke-20 tetapi hantarannya berjaya dipintas Livakovic sebelum dapat disudahkan oleh Maeda.

Croatia terus menguji Gonda menerusi hantaran jauh Josko Gvardiol kepada Bruno Petkovic pada minit ke-26. Malangnya, cubaannya untuk melorongkan bola kepada Andrej Kramaric tidak kesampaian selepas dikepung pertahanan Jepun. Dua minit selepas itu, giliran Barisic pula menghantar bola kepada Perisic dalam kotak penalti Samurai Biru. Tetapi pemain Tottenham Hotspur itu tidak bernasib baik apabila tandukannya tersasar.

Daizen Maeda Jepun Croatia Piala Dunia 2022 CBS Sports Golazo 1 Piala Dunia: Croatia Singkirkan Jepun, Layak Ke Suku Akhir
Maeda meraikan jaringan pertama Jepun sebelum wisel separuh masa pertama ditiup. Gambar: CBS Sports Golazo

Usaha keras Jepun memburu gol akhirnya berhasil menerusi gol Maeda pada minit ke-44. Gol terhasil menerusi satu sepakan sudut pendek sebelum dihantar kepada Ritsu Doan. Pemain sayap Freiburg itu menghantar bola ke dalam kotak penalti Vatreni sekaligus mencetuskan kelam-kabut dalam kalangan pertahanan Croatia. Kesempatan itu direbut Maeda untuk menolak bola melepasi Livakovic. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements
Perisic menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-55. Gambar: CBS Sports Golazo

Selepas rehat, Vatreni kembali bangkit dan hasilnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Ivan Perisic pada minit ke-55. Dejan Lovren menghantar bola dari sebelah kanan sekaligus memudahkan pemain sayap Spurs itu menanduk masuk menewaskan Gonda. Menerusi gol yang sama, Perisic menjadi penjaring gol terbanyak kejohanan besar Croatia dengan 10 gol sekaligus memintas rekod yang dipegang Davor Suker (sembilan gol).

Tersentak, Samurai Biru kembali mengasak dan hampir mendahului buat kali kedua menerusi sepakan jarak jauh Endo pada minit ke-57 tetapi berjaya ditepis keluar Livakovic. Beberapa minit selepas itu, penjaga gol Dinamo Zagreb itu mudah menyelamatkan percubaan Doan. Jepun kemudiannya memasukkan Takuma Asano dan Kaoru Mitoma bagi menambah sengat di bahagian serangan.

Croatia juga hampir mendahului menerusi sepakan voli Luka Modric (minit ke-63) dan Ante Budimir (minit ke-66). Bagaimanapun, sepakan voli kapten Croatia itu berjaya dinafikan Gonda. Manakala tandukan penyerang Osasuna itu tidak menepati sasaran. Vatreni terus mencuba menerusi percubaan Perisic pada minit ke-76 tetapi cubaannya tersasar. Sementara cubaan voli Lovren beberapa minit selepas itu berjaya disekat Doan.

Advertisements

Keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dengan perlawanan memasuki masa tambahan. Jepun hampir menambah jaringan menerusi percubaan Mitoma pada minit ke-104 tetapi percubaan pemain sayap Brighton itu berjaya dinafikan Livakovic. Sementara pemain gantian Lovro Majer pula mendapati percubaannya pada minit akhir masa tambahan tidak mengenai sasaran.

Dengan masa tambahan turut berkesudahan 1-1, penalti penentu siapa yang layak ke suku akhir. Dengan Livakovic berjaya menafikan pemain gantian Takumi Minamino, Mitoma dan Maya Yoshida, pemain gantian Mario Pasalic membantu Vatreni layak ke suku akhir. Kini, mereka bakal menanti sama ada Brazil atau Korea Selatan sebagai lawan di peringkat suku akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram