Piala Dunia
Statman Dave
Advertisements

England membuktikan status mereka sebagai pasukan gergasi Eropah dengan mengalahkan Senegal dalam pusingan kalah mati Piala Dunia 2022. Dengan kemenangan ini, ia bakal menyakskan pertembungan Three Lions dan Perancis di peringkat suku akhir.

Babak pertama menyaksikan Senegal bertahan menyerap asakan Three Lions. Tetapi mereka boleh saja mendahului pada minit ke-23 menerusi Ismaila Sarr selepas England gagal mengeluarkan bola daripada pertahanan mereka. Bagaimanapun, percubaannya melepasi palang selepas diberi tekanan oleh penjaga gol Jordan Pickford.

Sembilan minit selepas itu, giliran Boulaye Dia pula menguji Pickford. Selepas Sarr mencuri bola daripada Bukayo Saka, pemain Watford itu melarikan bola sebelum melorongkan bola kepada Dia. Bagaimanapun, percubaan penyerang Singa Tarawa itu berjaya dinafikan penjaga gol Everton itu.

Advertisements
Jordan Henderson England Piala Dunia 2022 SofaScore Piala Dunia: England Benam Senegal, Jumpa Perancis Di Suku Akhir
Jordan Henderson membuka tirai jaringan Three Lions. Gambar: SofaScore

Tujuh minit kemudian, England membuka jaringan menerusi kapten Jordan Henderson. Bermula daripada Harry Kane dan Phil Foden, Foden kemudiannya menghantar bola kepada Jude Bellingham. Pemain tengah Borussia Dortmund itu berjaya melepasi pertahanan Senegal sebelum menghantar bola untuk disudahkan kapten Liverpool itu menewaskan Edouard Mendy.

Harry Kane menjadi penjaring terbanyak kejohanan terbesar England dengan 11 gol mengatasi rekod 10 gol Gary Lineker. Gambar: Statman Dave

Senegal cuba bangkit tetapi England menyumbat gol kedua menerusi Kane pada minit akhir babak pertama. Bellingham mencuri bola dan membuat satu larian menarik ke hadapan sebelum menghantar bola kepada Foden. Pemain Manchester City itu memilih untuk tidak menewaskan Mendy tetapi melorongkan bola kepada Kane agar mudah ditolak masuk untuk gol pertamanya dalam Piala Dunia 2022.

Selepas rehat, England mula mendominasi perlawanan bagi mencari gol ketiga. Kane hampir-hampir membolosi gawang Singa Tarawa buat kali kedua pada minit ke-56 tetapi ia berjaya dinafikan Mendy. Sebarang cubaan mendapatkan bola muntah juga gagal selepas penjaga gol Chelsea itu memastikan bola berada dalam penguasaannya.

Advertisements

Tetapi seminit selepas itu, Mendy dibolosi buat kali ketiga menerusi Saka. Foden yang menjadi pencetus dua gol Three Lions melarikan bola ke sebelah kiri sebelum melorongkan bola kepada Saka yang mengangkat bola melepasi penjaga gol Chelsea itu untuk gol ketiga perlawanan.

Senegal cuba bangkit tetapi tidak berupaya menangkis dominasi penguasaan bola Three Lions. Dengan kemenangan dalam tangan, pengurus England Gareth Southgate membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan Marcus Rashford, Jack Grealish, Kalvin Phillips dan Mason Mount. Ini bagi membolehkan pemain-pemain yang dikeluarkan iaitu Bellingham, Saka, Foden dan John Stones dapat direhatkan.

England hampir saja menambah gol keempat pada minit ke-80 menerusi Kane. Bermula dari Henderson, beliau menghantar bola kepada Rashford sebelum penyerang Manchester United itu menghantar bola kepada Kane. Malangnya, cubaan penyerang Spurs itu menyamai rekod Wayne Rooney dengan 53 gol gagal apabila tidak sampai kepada bola hantaran Rashford.

Advertisements

Dengan kemenangan ini, England bakal berdepan tugas sukar menentang Perancis di peringkat suku akhir. Ini kerana benteng pertahanan yang diterajui Harry Maguire dan Stones berdepan tugas sukar mengekang Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele yang menjadi duri dalam daging kepada Poland hari ini. Jika duo ini dapat dikawal, maka England dapat melangkah ke separuh akhir tanpa sebarang masalah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram