Piala Dunia FIFA: Cristiano Ronaldo Bantu Portugal Mara, Atasi Croatia
MakanBola
HNS

Aksi hangat pusingan 32 terbaik di Stadium Toronto, Kanada menyaksikan Portugal menang tipis ke atas Croatia, 2-1. Gol lewat daripada Goncalo Ramos menghantar Croatia pulang. Pertembungan ini turut mencuri tumpuan apabila menyaksikan dua bekas rakan sepasukan di Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan Luka Modrić, kembali bertemu di pentas antarabangsa. Ronaldo, 41, merupakan pemenang 5 Ballon d’Or, manakala Modrić, 40, pernah merangkul anugerah berprestij itu sekali.

Berdasarkan format kejohanan, naib juara Kumpulan K akan bertemu naib juara Kumpulan L dalam pusingan seterusnya. Portugal menamatkan saingan Kumpulan K di tempat kedua dengan kutipan 5 mata, manakala Croatia muncul sebagai naib juara Kumpulan L dengan 6 mata.

Tiada satu pun daripada 145 gol antarabangsa yang direkodkan Cristiano Ronaldo yang merupakan satu rekod dunia hadir dalam lapan penampilan terdahulunya di peringkat kalah mati Piala Dunia. Malah, tiada pemain lain yang melakukan lebih banyak percubaan berbanding 29 percubaan Ronaldo pada peringkat ini tanpa berjaya menjaringkan gol.

Ronaldo juga pernah bergandingan dengan Luka Modrić sebanyak 222 kali ketika bersama Real Madrid. Sementara itu, kapten Croatia itu berpeluang mencatat penampilan ke-23 di Piala Dunia, dengan hanya empat pemain dalam sejarah, termasuk Ronaldo, yang telah membuat lebih banyak penampilan di kejohanan tersebut.

Portugal tampil lebih dominan pada separuh masa pertama, sekali gus memaksa Croatia lebih banyak bertahan.

Rafael Leão hampir memberi Portugal berkelebihan satu gol di hadapan pada minit ke-45 menerusi satu percubaan sepakan gunting beliau namun percubaan tersebut melambung melepasi palang gol.

Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.

Babak kedua menyaksikan Portugal dan Croatia terus berusaha meningkatkan intensiti serangan dalam usaha mendapatkan gol pembukaan.

Ivan Perisic meletakkan Croatia di hadapan terlebih dahulu. Pada minit ke-53, Perisic yang tidak diawasi oleh sesiapa mudah mudah merembat masuk bola selepas menerima hantaran silang dari Josip Stanisic.

Tidak lama selepas itu, Portugal dihadiahkan sepakan penalti setelah pengadil mendapati Nikola Vlasic mengasari Renato Veiga di dalam kotak penalti. Peluang tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh Cristiano Ronaldo pada minit ke-68.

Gonçalo Ramos muncul wira Portugal apabila beliau berjaya menanduk masuk bola hantaran silang Rafael Leao pada minit kecederaan.

Croatia hampir menyamakan kedudukan pada masa saat akhir menerusi Gvardiol namun gol tersebut telah dibatalkan akibat offside.

Tamat aksi di antara Portugal dan Croatia, Portugal menewaskan Croatia dengan keputusan 2-1. Portugal berjaya lolos ke pusingan 16 terbaik dan bakal bertemu Sepanyol.