Piala Dunia FIFA: Maghribi Gah Ke Suku Akhir, Benam Kanada
MakanBola
Equipe du Maroc

Maghribi menjadi pasukan pertama yang mara ke pusingan suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 setelah membenam tentangan negara tuan rumah bersama, Kanada pada awal pagi Ahad.

Kemenangan bertenaga 3-0 berjaya diperoleh Maghribi di hadapan puluhan ribu penyokong Kanada dengan dua gol daripada Azzedine Ounahi sudah cukup untuk membawa jaguh Afrika ini ke pusingan suku akhir Piala Dunia 2026

Jentera serangan Kanada diketuai oleh penyerang Juventus, Jonathan David sambil dibantu oleh Tajon Buchanan sementara nama-nama hebat antaranya Achraf Hakimi, Brahim Diaz dan Ismail Saibari kekal dalam senarai pemain Maghribi.

Selepas buntu di babak yang pertama, jaringan pembukaan berjaya dicipta oleh pemain tengah, Azzedine Ounahi yang menyudahkan hantaran silang Achraf Hakimi pada minit ke-50 untuk meletakkan Maghribi di hadapan 1-0.

Nama Azzedine Ounahi sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Kanada apabila pemain tengah ini sekali lagi melakar nama sebagai penjaring untuk Maghribi di minit ke-82, selepas penyudahnya gagal diselamatkan penjaga gol Kanada.

Penyerang gantian, Soufiane Rahimi melengkapkan kemenangan bergaya 3-0 Maghribi ke atas Kanada dengan satu jaringan di lewat permainan selepas memanfaatkan kealpaan pertahanan lawan yang terlalu ghairah mencari gol.

Pertarungan hebat 90 minit berakhir dengan keputusan 3-0 memihak kepada Maghribi, sekali gus menempah tempat ke suku akhir Piala Dunia FIFA dan dijadualkan menentang pemenang aksi antara Paraguay vs Perancis nanti.