Piala Dunia FIFA: Mbappe Bantu Perancis Singkirkan Sweden
MakanBola
Equipe de France

Aksi pusingan 32 terbaik yang seterusnya menyaksikan Perancis berjaya lolos ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan Sweden dengan keputusan 3-0 di Stadium New York/New Jersey, Amerika Syarikat.

Berdasarkan format kejohanan, juara Kumpulan I akan berdepan dengan salah satu pasukan yang layak menerusi kedudukan tempat ketiga terbaik dalam pusingan seterusnya.

Perancis muncul sebagai juara Kumpulan I dengan kutipan sempurna 9 mata selepas memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan, manakala Sweden menamatkan saingan Kumpulan F di tempat ketiga dengan 4 mata.

Walaupun tidak berada dalam dua kedudukan teratas kumpulan, Sweden berjaya mara ke peringkat kalah mati sebagai salah satu daripada lapan pasukan tempat ketiga terbaik.

Ousmane Dembélé, pemenang Ballon d’Or 2025 menjadi pemain pertama yang mencatat hatrik dalam separuh masa pertama Piala Dunia sejak Oleg Salenko dari Rusia pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat. Namun, tujuh daripada lapan gol antarabangsa beliau sebelum ini hadir selepas separuh masa kedua bermula.

Selepas menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Anthony Elanga kini berpeluang menjadi pemain Sweden pertama yang menjaringkan gol dalam tiga penampilan Piala Dunia berturut-turut sejak 1994. Enam daripada lapan golnya bersama skuad kebangsaan hadir selepas rehat separuh masa.

William Saliba kembali beraksi selepas terlepas perlawanan menentang Norway, manakala Isak Hien dan Victor Lindelöf terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dalam perlawanan terakhir Sweden.

Aksi separuh masa pertama dimulakan dengan pasukan Perancis lebih banyak mendominasi kawalan permainan.

Pada minit ke-36, Michael Olise hampir membuka jaringan menerusi satu aksi sepakan gunting, namun percubaannya hanya mengena tiang gol. Susulan daripada peluang tersebut, Ousmane Dembélé turut berpeluang menjaringkan gol menerusi bola susulan, tetapi percubaannya melambung melepasi palang gol.

Kylian Mbappé meletakkan Perancis di hadapan pada minit ke-45 menerusi satu aksi gelecekan yang berjaya memperdaya pemain Sweden sebelum beliau menewaskan penjaga gol Sweden, Jacob Widell Zetterström. Tamat aksi separuh masa pertama dengan keputusan 1-0, Perancis mendahului.

Separuh masa kedua bersambung dengan pasukan Perancis cuba menambah jumlah jaringan manakala pasukan Sweden cuba menyamakan kedudukan.

Tidak lama selepas itu, Bradley Barcola menambah duka kem Sweden dengan jaringan beliau pada minit ke-53. Gol tersebut hasil bantuan jaringan daripada Michael Olise.

Kylian Mbappé mengganas sekali lagi dengan jaringan gol pada minit ke-74. Gol itu sekali lagi terhasil menerusi bantuan Michael Olise, sekali gus menjadikannya penyumbang bantuan jaringan terbanyak setakat ini di Piala Dunia FIFA 2026 dengan 5 bantuan jaringan.

Tamat aksi di Stadium New York/New Jersey dengan keputusan, 3-0. Perancis berjaya menewaskan Sweden. Pasukan ‘Les Bleu’ menepati ramalan sebagai pasukan pilihan untuk berjaya lolos ke pusingan 16 terbaik dan bakal bertemu Paraguay pada 5 Julai.