Piala Dunia FIFA: Switzerland Gah Tumbangkan Algeria
MakanBola
SWISS NATI MEN

Aksi pusingan kalah mati diteruskan dengan menyaksikan Switzerland menewaskan Algeria dengan keputusan bergaya 2-0 di BC Place Vancouver, Amerika Syarikat.

Kemenangan tersebut mengekalkan rekod tanpa kalah buat pasukan Switzerland dalam aksi Piala Dunia FIFA 2026 sejak peringkat Kumpulan B.

Kesebelasan utama Switzerland dibarisi pemain-pemain bernama besar antaranya penjaga gol Broussia Dortmund, Gregor Kobel dan Granit Xhaka sementara bahagian sayap Algeria diisi bekas pemain Manchester City, Riyad Mahrez dan anak legenda Perancis, Zinedine Zidane sebagai penjaga gol iaitu Luca Zidane.

Breel Embolo meletakkan Switzerland di hadapan pada minit ke-10 setelah penyerang Stade Rennais ini berjaya menyambar hantaran cantik rakan sepasukan, Johan Manzambi. Jaringan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama aksi.

Separuh masa kedua menyaksikan penguasaan bola kekal di dominasi dari kem Schweizer Nati sehingga terhasilnya gol kedua menerusi ayam tambatan, Dan Ndoye pada minit ke-46 sekali gus membuatkan Algeria semakin buntu.

Algeria tampak melakukan beberapa pertukaran dengan memasukkan penyerang Marseille dan Feyenoord, Amine Gouiri & Anis Hadj namun jaringan pertama El Khadra masih belum ditemui.

Keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan memihak pasukan Switzerland. Kemaraan ke pentas pusingan 16 mengulangi pencapaian edisi 2020 di Qatar sebelum tunduk kepada Portugal dengan keputusan 6-1 dan dijadualkan menentang pemenang aksi Colombia vs Ghana pada 8 Julai.