Aksi kedua kumpulan H menyaksikan pasukan Uruguay kendalian Marcelo Bielsa terpaksa menerima hakikat diikat oleh pasukan Arab Saudi kendalian G. Dionis dengan keputusan 1-1.
Aksi tersebut berlangsung di Stadium Miami. Pasukan Uruguay tampak tempang pada perlawanan ini kerana tidak dapat membariskan duo kereta kebal mereka, iaitu kapten pasukan mereka, José María Giménez dan Ronald Araújo akibat kecederaan.
Formasi 4-2-3-1 dimainkan oleh pasukan Uruguay sambil diketuai oleh pemain Real Madrid, Federico Valverde manakala pasukan Arab Saudi bermain dengan formasi 4-4-2 yang juga diketuai oleh pemain yang cukup berpengalaman, Salem Aldawsari.
Abdulelah Alamri meletakkan Arab Saudi di hadapan pada minit-41 selepas memanfaatkan bola ‘muntah’ betul-betul di hadapan gawang gol Uruguay sebelum tamatnya separuh masa pertama dengan keputusan 1-0, pasukan Arab Saudi mendahului.
Separuh masa kedua dimulai dengan pasukan Uruguay meningkatkan intensiti perlawanan dengan mengawal lebih banyak penguasaan bola berbanding pasukan Arab Saudi. Pada minit ke-80, Maximiliano Araújo muncul untuk menyamakan kedudukan kepada 1-1 hasil bola muntah dari tandukan Federico Viñas.
Sehinggalah tamat perlawanan, pasukan Uruguay terpaksa akur dengan keputusan 1-1. Seterusnya, Uruguay akan menentang Cape Verde manakala Arab Saudi akan menentang Sepanyol