Piala Dunia: Harry Maguire Cemerlang Bantu England ‘Tapau’ Iran
Piala Dunia
OptaJohan
Advertisements

England memulakan kempen kumpulan B Piala Dunia 2022 dengan bergaya selepas mengalahkan Iran 6-2 di Stadium Antarabangsa Khalifa hari ini.

England yang menduduki rangking kelima dunia membuktikan status mereka dengan mendominasi perlawanan pada babak pertama. Mereka sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti seawal minit ketiga selepas bek tengah Manchester United, Harry Maguire ditolak Rouzbeh Cheshmi dalam kotak penalti. Bagaimanapun, rayuan penalti mereka dipandang sepi oleh pengadil mahupun VAR.

Iran yang menduduki rangking ke-72 dunia terpaksa membuat pertukaran awal dengan memasukkan Hossein Hosseini menggantikan penjaga gol Alireza Beiranvand pada minit ke-19. Beiranvand tidak dapat meneruskan perlawanan selepas mengalami gegaran pada kepalanya akibat terlanggar pemain pertahanan Iran.

Advertisements

Three Lions hampir mendahului menerusi pemain tengah Chelsea, Mason Mount pada minit ke-30. Bagaimanapun, rembatannya selepas mendapat umpanan Saka hanya mengenai bahagian tepi jaring.

Penantian England untuk gol pembukaan berakhir apabila bek kiri United, Luke Shaw membuat hantaran kencang yang berjaya ditanduk Bellingham yang tidak dikawal barisan pertahanan Iran untuk gol minit ke-35. Itu juga merupakan gol pertamanya bersama pasukan senior England.

Enam minit selepas itu, Three Lions menggandakan kelebihan mereka. Sepakan sudut Kieran Trippier berjaya dimenangi oleh Maguire sebelum tandukannya disudahkan dengan sepakan cantik Saka pada minit ke-43.

Advertisements

Pasukan gergasi Asia itu semakin tertekan apabila dibolosi England lagi buat kali ketiga. Kali ini, giliran penyerang Chelsea Raheem Sterling menewaskan Hosseini selepas mudah menolak bola umpanan Kane dari sebelah kanan pada minit ke-46.

Iran yang tertekan cuba bangkit menerusi percubaan bekas pemain tengah Brighton, Alireza Jahanbakhsh tetapi sepakannya tinggi melepasi gawang England. Kedudukan selesa 3-0 England kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, Iran yang dibimbing Carlos Queiroz cuba bangkit tetapi Three Lions tenang mengawal tempo permainan. Sebaliknya, anak buah Gareth Southgate menambah gol keempat menerusi percubaan cantik Saka pada minit ke-62.

Advertisements

Tatkala England selesa mendahului, Iran berjaya menembusi gawang Jordan Pickford menerusi gol penyerang FC Porto, Mehdi Taremi pada minit ke-65. Gol tersebut memberi keyakinan kepada gergasi Asia itu untuk terus menguji pertahanan England.

Tetapi itu tidak bertahan lama apabila pemain gantian Marcus Rashford mudah menewaskan Hosseini untuk gol kelima pada minit ke-72. 18 minit selepas itu, giliran seorang lagi pemain gantian, Jack Grealish menyudahkan hantaran Callum Wilson untuk gol keenam Three Lions.

Iran berpeluang menambah gol kedua menerusi sepakan penalti selepas John Stones didapati menarik baju Taremi sehingga terjatuh. Bekas penyerang Rio Ave itu tenang menewaskan Pickford bagi menjadikan keputusan perlawanan 6-2.

Advertisements

Dengan kemenangan ini, England mengetuai kumpulan B yang turut mengandungi Amerika Syarikat dan Wales dengan tiga mata. Three Lions bakal berdepan Amerika Syarikat pada awal pagi 26 November dengan Iran pula berdepan Wales pada 25 November.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram