Barisan pemain Al-Hilal menerima bonus lumayan susulan kejayaan mereka menewaskan Manchester City dalam aksi pusingan 16 Piala Dunia Kelab.
Pasukan yang diberi jolokan The Blue Waves itu mencipta kejutan dengan merekodkan kemenangan 4-3 ke atas anak buah Pep Guardiola itu.
Gol Marcos Leonardo, Malcom dan Kalidou Koulibaly memastikan kemenangan milik anak buah Simone Inzaghi. City membalas menerusi Bernardo Silva, Erling Haaland dan Phil Foden.
Talksport melaporkan kesemua pemain dan staf kejurulatihan menerima bonus berjumlah £400,000 (RM2.3 juta). Selain itu, Al-Hilal turut mendapat £9 juta (RM51 juta).
Bonus kewangan ini dijangka membakar semangat The Blue Waves untuk terus mengibarkan cabaran Asia di pentas Piala Dunia Kelab.
Selepas ini, Al-Hilal akan menentang wakil Brazil, Fluminense di peringkat suku akhir pada awal pagi 5 Julai. Pemenang akan bertemu sama ada Chelsea atau satu lagi wakil Brazil, Palmeiras di separuh akhir.
Selain insentif slot separuh akhir, pemenang juga akan mendapat £15 juta (RM86 juta) jika berjaya melepasi suku akhir.