Piala Dunia Trek UCI: Azizulhasni Awang Ke Final Acara Keirin
UltraSukan
MNCF

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengesahkan kemaraan ke final acara keirin Piala Dunia Trek UCI 2026 di Nilai, Negeri Sembilan.

Ini selepas beliau berjaya melepasi saringan satu acara itu yang berlangsung di Velodrom Nilai pada Sabtu.

Selain Azizulhasni, saringan satu turut disertai Nicholas Paul (Trinidad & Tobago), Henric Hackmann (Jerman), Sebastien Vigier (Perancis), Martin Cechman (Republik Czech) dan Tijmen van Loon (Belanda).

Pesaing utama beliau yang juga bekas juara dunia, Harrie Lavreysen pula bersaing dalam saringan dua.

Azizulhasni mempamerkan kayuhan mantap untuk menduduki tempat pertama saringan satu acara keirin. Kedudukan itu sudah cukup untuk membawa beliau ke final acara berkenaan.

Beliau diiringi Paul dan Hackmann yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. Baki slot diisi oleh Lavreysen, Minato Nakaishi dan Rayan Helal.

Ini selepas Nakaishi mengungguli saringan kedua acara berkenaan. Lavreysen dan Helal pula menamatkan saringan di tempat kedua dan ketiga.

FInal acara keirin dijangka berlangsung pada jam 8.20 malam di Velodrom Nilai.