Piala Dunia Trek UCI: Azizulhasni Awang Terlepas Emas Acara Pecut
UltraSukan
Azizulhasni Awang

Jaguh berbasikal trek Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang terlepas peluang menambah pingat emas dalam saingan Piala Dunia Trek UCI di Nilai, Negeri Sembilan.

Ini selepas Azizulhasni tewas kepada pelumba Trinidad dan Tobago, Nicholas Paul di peringkat separuh akhir acara pecut.

Pada awalnya, jaguh berusia 38 tahun itu dilihat menepati ramalan dengan mengungguli perlumbaan pertama dengan Paul.

Walau bagaimanapun, pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 itu mengungguli baki dua perlumbaan seterusnya untuk mara ke final.

Keputusan ini menyaksikan Azizulhasni akan berentap dengan wakil AIN, Nikita Kiriltsev untuk perebutan pingat gangsa.

Pingat emas pula bakal menjadi rebutan antara Paul dan juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen. Lavreysen mara dengan menewaskan Kiriltsev dalam satu lagi perlumbaan separuh akhir.

Seorang lagi wakil negara, Shah Firdaus Sahrom gagal mara lebih jauh dalam acara pecut individu. Ini selepas beliau terkandas di peringkat suku akhir.