Advertisement
Piala Dunia U-17: Kehebatan Sepanyol Buat Kanada Gigit Jari
Piala Dunia
MakanBola
FIFA World Cup

Sepanyol bermula langkah kanan dalam kejohanan Piala Dunia U-17 apabila berjaya menewaskan Kanada 2-0.

Sepanyol mempertaruhkan penyerang muda Barcelona, Marc Guiu untuk mengetuai jentera serangan pasukan dalam perlawanan ini.

Marc Guiu tidak mengecewakan kepercayaan jurulatih apabila meledak gol pertama perlawanan pada minit ke-20 permainan menerusi tandukan hasil hantaran Lopez Gomez.

Malang buat Kanada apabila terpaksa bermain 10 orang setelah Alessandro Biello dikenakan kad merah pada minit ke-38.

Bersambung babak kedua, Marc Guiu terus menjadi tunjang utama Sepanyol dalam mencari gol apabila hasil bantuan jaringan beliau menyumbang untuk gol kedua pasukan.

Hantaran Guiu berjaya disempurnakan Quim Casanova pada minit ke-76 sekaligus mematahkan harapan Kanada untuk bangkit.

Sepanyol jelas menguasai permainan apabila merekodkan 36 percubaan ke atas gawang gol Kanada dalam perlawanan ini manakala Kanada hanya mampu merekodkan 2 percubaan sahaja.

Sepanyol juga mendominasi penguasaan bola sebanyak 78% dan mempunyai peratusan ketepatan hantaran 92% membuktikan kekuatan mereka dalam perlawanan ini.

Tamat permainan, Sepanyol mengalahkan Kanada 2-0 untuk meraih 3 mata pertama dalam kumpulan B Piala Dunia U-17.