Piala Dunia U17: Argentina Belasah Venezuela Untuk Ke Suku Akhir
Piala Dunia
bolasport
Advertisements

Perlawanan pusingan 16 terakhir diteruskan lagi dengan kali ini menemukan dua pasukan dari Amerika Selatan iaitu Argentina dan Venezuela.

Argentina memulakan aksi dengan penguasaan bola yang baik dan beberapa serangan telah dilancarkan ke kubu Venezeuela.

Ianya nyata membuahkan hasil apabila pada minit ke-15 mereka dihadapan melalui gol sendiri pemain Venezuela, Luis Balbo Viera.

Advertisements

Gol tersebut telah menjadi pembakar semangat kepada pemain Argentina untuk terus memburu gol. Pada minit ke-22, penyerang mereka Santiago Lopez berjaya meledak hasil umpanan dari Ian Subiabre. Argentina di hadapan 2-0.

Pesta gol Argentina seperti tidak mampu disekat benteng Venezuela apabila selang 10 minit selepas gol kedua itu, Claudio Echeverri menjaringkan gol ketiga lalu menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 3-0 memihak Argentina.

Bersambung babak kedua, Venezuela menerima tamparan hebat apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-69 selepas Pablo Ibarra diperintahkan keluar padang setelah menerima layangan kad kuning kedua.

Advertisements

Kad kuning tersebut dilayangkan selepas Ibarra mengasari pemain Argentina di kotak penalti yang sekali gus menghadiahkan sepakan penalti kepada Argentina.

Agustin Roberto yang ditugaskan mengambil sepakan penalti itu tidak berdepan masalah untuk menyudahkannya bagi menggandakan kedudukan menjadi 4-0.

Kelebihan seorang pemain dimanfaatkan Argentina untuk terus berpesta gol. Pada minit ke-78, Agustin Roberto sekali lagi mempamerkan bisanya apabila rembatan kaki kirinya menemui jaring Venezuela.

Advertisements

Kedudukan 5-0 itu kekal sehingga wisel penamat. Dengan kemenangan ini, Argentina berjaya mara ke suku akhir Piala Dunia U17 Indonesia dan lawan yang akan ditentang di suku akhir ialah musuh tradisi mereka iaitu Brazil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram