Advertisements
Piala Dunia U17: Iran Cipta Kejutan Tundukkan Brazil
Piala Dunia
MakanBola
FIFA World Cup

Iran bermula langkah kanan dalam kejohanan Piala Dunia U17 apabila berjaya menewaskan Brazil 3-2 dalam aksi yang cukup dramatik.

Brazil tampil dengan formasi 4-2-3-1 manakala Iran pula menggunakan formasi klasik 4-4-2.

Rayan membuka tirai jaringan Brazil apabila berjaya menyempurnakan hantaran Azevedo da Silva pada minit ke-28 permainan.

Gol menerusi sepakan sudut itu mudah menewaskan penjaga gol Iran dan langsung tidak dicabar para pemain Iran ketika itu.

Malang berganda buat Iran apabila Abolfazl Zamani menjaringkan gol sendiri sebelum berakhir babak pertama sekaligus meletakkan Brazil dua gol dihadapan.

Bersambung babak kedua, Iran tampil berbeza apabila menampilkan gaya permainan yang lebih bertenaga.

Yaghoob Barajeh menjaringkan gol pertama Iran pada minit ke-54 setelah pertahanan Brazil gagal mengeluarkan bola dari kawasan kotak penalti dengan baik.

Kasra Taheri bangkit memberi harapan kepada Iran apabila hantaran jarak jauh daripada penjaga gol Iran berjaya disempurnakan Taheri pada minit ke-69.

Iran yang berjaya mengikat Brazil tampil lebih yakin pada babak kedua perlawanan dan akhirnya berjaya mengejutkan Brazil dengan gol ketiga.

Serangan balas pantas Iran gagal dihalang Brazil dan Esmaeil Gholizadeh Samian muncul wira Iran apabila mudah membolosi gawang gol Brazil untuk melengkapkan kebangkitan Iran.

Brazil jelas mendominasi penguasaan bola sebanyak 65% namun ketajaman Iran gagal ditandingi pasukan dari Amerika Latin itu.

Tamat perlawanan, Iran bangkit menewaskan Brazil 3-2 dan berjaya meraih 3 mata pertama dalam saingan kumpulan C Piala Dunia U17.