Piala Dunia U17: Jerman Ke Separuh Akhir, Ketepikan Cabaran Sepanyol
Piala Dunia
DFB
Advertisements

Semangat juang yang dimiliki ubi muda Jerman membantu mereka mengatasi Sepanyol dalam aksi suku akhir Piala Dunia B-17 2023.

La Roja berharap dengan melangkah ke separuh akhir, mereka berpeluang cerah mengulangi pencapaian layak ke final Piala Dunia B-17 edisi 2017.

Sementara Jerman pula mahu mengulangi pencapaian layak ke separuh akhir yang dicapai pada edisi 1997, 2007 dan 2011.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan Sepanyol banyak melancarkan serangan ke atas kubu pertahanan Jerman.

Ini mendorong barisan pertahanan Jerman diketuai Finn Jeltsch bekerja keras menyerap asakan mereka.

Ketumpulan serangan kedua-dua pasukan memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Jerman mendapat tuah yang tak disangka-sangka apabila dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-62.

Keputusan itu diberi selepas Hector Fort dikesan menjatuhkan pemain Jerman dalam kotak penalti. Biarpun cuba dibantah pemain-pemain La Roja, pengadil tidak mengubah keputusannya.

Paris Brunner mudah menyempurnakan penalti menewaskan Raul Jimenez Latorre pada minit ke-64 bagi meletakkan Jerman di hadapan.

Advertisements

Tersentak, La Roja menggandakan asakan bagi mendapatkan gol penyamaan. Bagaimanapun, Jeltsch memastikan benteng Jerman tidak bocor sekaligus meraih kemenangan pada akhir perlawanan.

Lebih malang, Sepanyol terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Jimenez dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit akhir perlawanan.

Ini menjadikan Jerman pasukan pertama layak ke separuh akhir Piala Dunia B-17. Mereka bakal berdepan sama ada Brazil atau Argentina di separuh akhir.

Advertisements

Biarpun tewas, bek tengah La Roja, Pau Cubarsi sebagai pemain terbaik perlawanan. Cubarsi yang beraksi untuk Barcelona menerima markah 7.7 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram