Piala Dunia U17: Jerman Ke Suku Akhir, Singkirkan Amerika Syarikat
MakanBola
US Soccer

Ubi muda Jerman menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan mara ke suku akhir Piala Dunia B-17 2023 hari ini.

Ini selepas mereka berjaya menyingkirkan Amerika Syarikat (AS) dengan kemenangan 3-2 di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.

Ad
Advertisement

Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza. Baby Nats berharap dapat mengulangi pencapaian suku akhir yang dicapai dalam edisi 2017.

Ad

Manakala Jerman pula berharap dengan layak ke suku akhir, maka mereka semakin hampir mengulangi pencapaian tempat ketiga pada edisi 2011.

Advertisement

Jerman membuktikan keupayaan mereka dengan mendahului pada minit ke-14 menerusi Charles Herrmann.

Ad
Advertisement

Bagaimanapun, AS kembali menyamakan kedudukan 10 minit selepas itu menerusi Taha Habroune.

Ad

Jerman kemudiannya kembali di hadapan pada minit ke-34 menerusi Max Moerstedt selepas menerima hantaran Herrmann. Keputusan 2-1 kekal sehingga rehat.

Advertisement

Bersambung pada babak kedua, Jerman yang dibimbing Christian Wuck terpaksa bekerja keras menangkis setiap asakan Baby Nats.

Advertisement

Kesungguhan Baby Nats akhirnya membuahkan hasil apabila David Vasquez menyamakan kedudukan buat kali kedua pada minit ke-80.

Belum sempat kem AS meraikan gol penyamaan mereka itu, Jerman sekali lagi mendahului pada minit ke-87 menerusi pemain gantian, Bilal Yalcinkaya. Keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisement

Sofascore mengangkat Herrmann sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.6 mata.