Advertisement
Piala Dunia U17: Jerman Mudah Malukan New Zealand
Piala Dunia
MakanBola
FIFA World Cup

Jerman mudah menewaskan New Zealand 3-1 untuk aksi kedua Piala Dunia U17 peringkat kumpulan F.

Jerman tampil dengan formasi 4-2-3-1 manakala New Zealand dilihat menggunakan corak bertahan dengan formasi 3-4-3.

New Zealand kerap diasak pada babak pertama perlawanan dan Jerman mudah mendominasi penguasaan bola dalam perlawanan ini.

Jerman berjaya memecah kebuntuan pada masa tambahan babak pertama menerusi jaringan P. Brunner.

Bersambung babak kedua, Jerman menggandakan lagi asakan dan berjaya meraih gol kedua pada minit ke-60.

M. Moerstedt tenang menyempurnakan bola hantaran N. Darvich.

10 minit sebelum tamat perlawanan, giliran B. Yalcinkaya pula menjaringkan gol untuk gol ketiga Jerman.

D. Watson kemudian menjaringkan gol sagu hati buat New Zealand menerusi sepakan penalti.

Jerman jelas menguasai perlawanan dengan melakukan 25 percubaan dan 71% penguasaan bola.

Tamat perlawanan, Jerman menang 3-1 ke atas New Zealand dan kini Jerman mengutip 6 mata setelah mengharungi 2 perlawanan manakala New Zealand hanya mengutip 1 mata.