Piala Dunia U17: Korea Selatan Tewas Tipis Kepada Perancis
Piala Dunia
FIFA
Advertisements

Pasukan B-17 Perancis berjaya menewaskan Korea Selatan dengan keputusan 1-0 dalam aksi Piala Dunia B-17 saingan Kumpulan E.

Babak pertama perlawanan menyaksikan Perancis bermula garang apabila memecah kebuntuan seawal minit kedua permainan.

Jaringan yang disempurnakan Mathis Amougou setelah menerima hantaran daripada Ismail Bouneb meletakkan Perancis mendahului aksi separuh masa pertama.

Advertisements

Bermula aksi separuh masa kedua, kedua-dua pasukan mencuba untuk mencari jaringan. Pasukan Perancis dilihat lebih banyak mendominasi permainan dan beberapa percubaan berjaya dihasilkan.

Bagaimanapun keputusan 1-0 kekal hingga tamat permainan. Keputusan itu sudah cukup untuk membawa Perancis layak ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Pemain tengah muda Saint-Etienne, Mathis Amougou diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore dengan markah 8.2 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram