Piala Dunia U17: Perancis Bergelut Tundukkan Senegal
Piala Dunia
FIFA
Advertisements

Perancis berjaya menewaskan Senegal melalui penentuan sepakan penalti setelah seri tanpa jaringan untuk melayakkan diri ke suku akhir Piala Dunia U17.

Perancis turun dengan formasi 4-1-4-1 manakala Senegal bermain dengan formasi tipikal 4-2-3-1.

Kedua-dua pasukan melancarkan beberapa siri serangan pada separuh masa pertama demi mencari gol awal perlawanan namun gagal.

Advertisements

Senegal tampil lebih baik dalam perlawanan ini apabila lebih banyak melakukan serangan berbanding Perancis walaupun kedua-dua pasukan mempunyai penguasaan bola yang seimbang.

Separuh masa kedua turut dihiasi beberapa percubaan oleh Senegal namun tiada jaringan yang dapat dihasilkan.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 selama 90 minit dan perlawanan diteruskan ke penentuan sepakan penalti.

Advertisements

Perancis berjaya menyempurnakan kesemua sepakan penalti manakala pemain Senegal, D. Diongu gagal menjaringkan sepakan penalti kedua sekaligus memberikan Perancis kemenangan.

Tamat perlawanan, Perancis menewaskan Senegal 5-3 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram