Advertisement
Piala Dunia U17: Perancis Ke Separuh Akhir, Kalahkan Uzbekistan
Piala Dunia
MakanBola
UFA

Perancis terpaksa berhempas-pulas mengatasi Uzbekistan bagi mengesahkan kemaraan ke pentas separuh akhir Piala Dunia B-17 2023.

Selepas berjaya mengulangi pencapaian layak ke suku akhir sejak edisi 2011, The White Wolves berharap dapat melakar sejarah layak ke separuh akhir.

Sementara Perancis pula berharap dapat mengulangi pencapaian ke separuh akhir dalam edisi 2019.

Babak pertama menyaksikan Les Bleuets banyak mengasak kubu pertahanan Uzbekistan. Bagaimanapun, setiap percubaan mereka berjaya dipatahkan pertahanan The White Wolves diketuai Dilshod Abdulaev.

Ini memaksa kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus bergelut mencari sentuhan penyudah.

Ini mendorong kedua-dua pasukan membuat beberapa pertukaran pemain bagi mempertajamkan jentera serangan mereka.

Sentuhan penyudah yang dicari akhirnya berjaya diraih Les Bleuets pada minit ke-83 menerusi Ismail Bouneb.

Gol tersebut sudah cukup untuk membawa Perancis ke pusingan separuh akhir yang berlangsung pada 28 November ini. Perancis bakal bertemu sama ada Mali atau Maghribi di pentas separuh akhir.

Sofascore memilih Bouneb sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 7.7 mata.

Sementara Abdulaev dan Bekhruz Jumatov pula dipilih sebagai pemain terbaik Uzbekistan dengan kedua-duanya berkongsi 7.2 mata.