Piala Dunia U17: Perancis Sah Juara Kumpulan, Kalahkan Amerika Syarikat
MakanBola
FIFA World Cup
Sponsors

Perancis mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia B-17 sebagai juara Kumpulan E hari ini.

Ini selepas mereka berjaya mengatasi cabaran Amerika Syarikat (AS) 1-0 di Stadium Antarabangsa Jakarta.

Ad

Dengan kedua-dua pasukan memiliki enam mata daripada dua perlawanan, kemenangan perlu diraih bagi membolehkan mereka bergelar juara kumpulan.

Ad

Ini kerana naib juara Kumpulan E bakal berdepan Jerman di pusingan 16 pasukan terbaik pada 21 November ini di Bandung.

Separuh masa pertama menyaksikan Perancis banyak menguji gawang AS yang dikawal Duran Michael Ferree.

Ad

Bagaimanapun, Les Bleus perlu menunggu sehingga minit ke-47 untuk membuka jaringan menerusi Joan Tincres. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Ad

Bersambung pada babak kedua, jurulatih Baby Nats, Gonzalo Segares membuat beberapa pertukaran dengan harapan dapat membantu mereka bangkit.

Malangnya, kebangkitan yang dicari tidak kunjung tiba. Sebaliknya, Tincres menyumbat gol ketiga beliau dalam kejohanan pada minit ke-82.

Bastien Meupiyou melengkapkan malam gemilang Les Bleus dengan gol ketiga pada minit ke-86. Biarpun pengadil meletakkan 14 minit sebagai masa tambahan, kemenangan Perancis sudah terjamin.

Nasib AS bertambah malang apabila pemain gantian Tyler Hall dibuang padang kerana mengutip kad kuning kedua pada minit ke-96.

Tincres selayaknya dipilih Sofascore sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.3 mata.