Piala Dunia U17: Sepanyol Ke Suku Akhir Singkirkan Jepun

Jepun Sepanyol FIFA U17 Piala Dunia U17: Sepanyol Ke Suku Akhir Singkirkan Jepun
FIFA World Cup
Nik Faris @nikfalovic
10:00pm 20/11/2023

Pasukan bawah 17 tahun Sepanyol mencatatkan kemenangan dramatik untuk melangkah ke suku akhir selepas membenam cabaran Jepun dengan keputusan 2-1.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Manahan, Surakata Indonesia itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik untuk meraih kemenangan.

Sepanyol dilihat lebih mendominasi perlawanan selepas melancarkan asakan bertali arus pada 5 minit pertama permainan.

Mereka akhirnya memperoleh jaringan pembukaan menerusi percubaan Quim Junyent pada minit ke-8.

Anak buah Yoshiro Moriyama bangkit menyamakan kedudukan hasil ledakan Gaku Nawata pada minit ke-40 menewaskan Raul Jiminez.

Aksi babak pertama tamat 0-0.

Bersambung babak kedua, Sepanyol terus mendominasi perlawanan dengan kudrat pemain Jepun sukar menandingi kepantasan lawan.

Asakan bertubi-tubi anak didik Jose Maria Lana membuahkan hasil apabila penyerang muda La Masia, Marc Guiu membuat larian cantik sebelum menyudahkan bola tersebut untuk kedudukan 2-1.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Sepanyol menanti sama ada Jerman atau Amerika Syarikat bagi aksi 24 November kelak.