Pertembungan dua pasukan tumpuan di Piala Dunia U17 itu menyaksikan Korea Selatan memberikan masalah besar kepada USA sebelum keputusan memihak kepada USA dengan jaringan 2-1.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Jakarta itu memperlihatkan percaturan terbaik yang ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan dalam misi memburu tiga mata.
Aksi bermula baik apabila USA memulakan tekanan awal untuk mencari gol awal dengan Korea Selatan kekal tenang mengawal keadaan.
Gol yang dicari akhirnya tiba apabila Cruz Medina berjaya mencuri ruang untuk menjaringkan gol pada ruang sempit dalam kotak penalti.
Korea memperoleh jaringan penyamaan menerusi Kim Myung-jun namun segera dipadam oleh USA.
Aksi babak pertama tamat 2-1.
Bersambung babak kedua, Korea Selatan dilihat sikar menandingi kepantasan jentera serangan lawan.
USA memperoleh gol ketiga hasil larian deras pemain sayap pasukan, Nimfasha yang mudah memerangkap 4 pertahanan lawan.
Tambahan masa 7 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal 3-1 hingga wisel penamat dibunyikan.
USA akan berdepan Burkina Faso manakala Korea Selatan melayan kunjungan Perancis pada 15 November kelak.