Jurgen Klinsmann: JDT Sangat Menakjubkan
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mengakui kagum dengan persembahan yang ditunjukkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam saingan ACL baru-baru ini.

Perkara ini didedahkan bekas jurulatih Bayern Munich itu semasa menjadi tetamu podcast bahagian sukan The Straits Times, Sports Talk.

Ad

Klinsmann bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi menonton perlawanan keempat Kumpulan I antara JDT dengan Ulsan Hyundai.

Ad

Beliau hadir bukan saja untuk menilai prestasi lima pemain The Tigers yang dipilih menyertai skuad Korea Selatan untuk kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026.

Malah, ini peluang buat bekas pengendali Jerman itu menilai kekuatan Malaysia memandangkan ramai pemain JDT menyarung jersi skuad kebangsaan.

Ad

Klinsmann mengakui kagum dengan persembahan Harimau Selatan sepanjang perlawanan. Ini sekaligus mengubah tanggapannya terhadap pasukan negara seperti didedahkan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon beberapa hari lepas.

Ad

“Ianya amat menakjubkan daripada apa yang saya lihat pada malam semalam. Di Johor, mereka (JDT) sangat menakjubkan,” katanya bila ditemubual wartawan sukan The Straits Times, Deepanraj Ganesan.

Persembahan JDT itu bakal mendorong Klinsmann agar berwaspada dengan cabaran Malaysia apabila kedua-dua pasukan bersemuka di Piala Asia 2023 kelak.

Korea Selatan kini bersiap sedia menghadapi Singapura untuk aksi pertama kelayakan Kumpulan C. Kedua-dua pasukan bakal bersemuka di Stadium Piala Dunia Seoul pada 16 November ini.