ACL

ACLE: Marcos Guilherme Yakin Peluang JDT Mara Masih Terbuka

Guilherme JDT JST 4 ACLE: Marcos Guilherme Yakin Peluang JDT Mara Masih Terbuka
Johor Southern Tigers

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Marcos Guilherme percaya peluang pasukan itu mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) masih lagi terbuka.

Advertisement

Keyakinan itu dizahirkan pemain sayap Brazil itu meskipun JDT diikat 1-1 oleh Ratchaburi dalam aksi terbaru ACLE di Stadium Ratchaburi.

Selepas JDT mendahului menerusi Guilherme pada separuh masa pertama, Ratchaburi bangkit menyamakan kedudukan menerusi Njiva Rakotoharimalala.

Keputusan ini menyaksikan JDT terlepas peluang menambah koleksi dua kemenangan dalam ACLE musim ini.

Meskipun begitu, Guilherme yakin JDT mampu meraih kemenangan dalam aksi seterusnya memandangkan pasukan itu akan beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Beliau percaya jika perkara itu berlaku, peluang JDT untuk mara ke pusingan seterusnya lebih cerah.

“Ya, kita tahu hari ini jika kita menang, kita boleh kekal dalam kedudukan yang baik dalam carta liga ACLE.

“Tetapi itu tidak mengapa, sekarang kita fikir tentang perlawanan seterusnya,” katanya selepas perlawanan.

Selepas ini, JDT akan turun menentang kelab Korea Selatan, Daejeon Hana Citizen pada 1 Disember ini.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...