ACL

ACLE: JDT & Ratchaburi Kongsi Mata

JDT ACLE Figueiredo Ratchaburi ACLE: JDT & Ratchaburi Kongsi Mata
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali dari bumi Thailand dengan satu mata apabila terikat seri berdepan Ratchaburi dalam aksi AFC Champions League Elite (ACLE) pada Selasa.

Advertisement

Keputusan seri terlakar dalam aksi minggu kelima ACLE selepas Ratchaburi bangkit dari ketinggalan bagi mengikat wakil negara, JDT untuk kedua-dua pasukan terpaksa berpuas harti mengutip satu mata.

Gandingan Jairo Da Silva dan Joao Figueiredo menjadi pilihan Xisco Munoz bagi memimpin barisan serangan JDT sementara Ratchaburi mempertaruhkan bisa Ekanit Panya di sebelah sayap kiri.

Skuad Harimau Selatan terpaksa menanti sehingga minit ke-36 bagi membuka tirai jaringan selepas Marcos Guilherme dengan mudah menolak bola ke gawang hasil kesilapan penjaga gawang Ratchaburi.

Cabaran hebat oleh pasukan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila tonggak gantian, Njiva Rakotoharimalala mencetak gol penyamaan menerusi satu percubaan jarak dekat pada minit ke-56.

Aksi di Stadium Ratchaburi berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...