Asia

Ratchaburi Akui Arif Aiman ‘Bahaya’

Arif JDT 7 Ratchaburi Akui Arif Aiman ‘Bahaya’
Johor Southern Tigers

Jaguh Thailand, Ratchaburi FC secara terbuka mengakui kehandalan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menjelang pertembungan menentang bagi aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) Zon Timur di Stadium Ratchaburi, malam ini.

Advertisement

Pengakuan itu dibuat secara terbuka sebelum sepak mula, sekali gus menunjukkan betapa besarnya ancaman sayap kanan Harimau Selatan itu di mata lawan.

Pertemuan ini merupakan aksi kelima ACLE buat kedua-dua pasukan. JDT kini berada di tangga keenam dengan tujuh mata dan perbezaan gol +3. Ratchaburi pula masih tersekat di tangga ke-14 dengan hanya satu mata, hasil satu seri dan tiga kekalahan dalam empat perlawanan.

Bagi tuan rumah, kekalahan lagi bakal menipiskan harapan mereka untuk mara ke pusingan 16 terakhir.

Pemain sayap kanan Ratchaburi, Chotipat Poomkaew menyifatkan Arif Aiman sebagai pemain yang perlu diawasi rapi.

“Arif Aiman, beliau pemain yang berbahaya dalam pasukan JDT,” katanya seperti yang dikongsikan SNE Sports.

Pengakuan itu tidak menghairankan kerana pada bulan lalu, pemain berusia 24 tahun itu diberi lilitan kapten oleh Xisco Munoz ketika JDT menewaskan Port FC 3-0. Beliau turut menyumbang hantaran untuk gol pembuka yang dijaringkan oleh Jonathan Silva. Pada kempen ACLE musim sebelumnya, beliau meledak lima gol dan kekal antara penyerang sayap paling digeruni dari Asia Tenggara.

Ini juga bukan kali pertama kedua-dua pasukan bertemu di pentas Asia. Pada saingan Liga Juara-Juara AFC 2021, Harimau Selatan menang 1-0 di Thailand sebelum seri 0-0 di Johor. Rekod itu memberikan sedikit kelebihan psikologi kepada skuad Johor.

Walaupun begitu, jurulatih Ratchaburi, Worrawoot Srimaka secara terbuka menyatakan keterujaan dan tidak gentar.

“Saya fikir mereka satu pasukan yang bagus. Saya fikir mereka cukup bagus untuk beraksi dalam saingan di pentas Asia,” katanya.

Menurut beliau, setiap pasukan ada kelemahan, termasuk pasukannya sendiri. Ratchaburi akan turun untuk mengutip tiga mata dengan memanfaatkan sebarang kesilapan JDT.

Aksi Ratchaburi menentang JDT akan berlangsung malam ini, Selasa, 24 November 2026, di Stadium Ratchaburi, Thailand, bermula jam 8.15 malam waktu Malaysia.

Selepas itu, skuad Harimau Selatan akan pulang ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri untuk menentang Daejeon Hana Citizen dalam aksi keenam ACLE pada Selasa, 1 Disember 2026 pada jam 8.15 malam.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...