ACL

ACLE: Seri Di Thailand, Kedudukan JDT Kekal

JDT ACLE Stadium ACLE: Seri Di Thailand, Kedudukan JDT Kekal
Johor Southern Tigers

Kedudukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus kekal dalam carta Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2026/27 selepas seri 1-1 menentang Ratchaburi FC dalam aksi kelima pada Selasa.

Advertisement

Keputusan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan mengumpul lapan mata selepas mengharungi lima perlawanan dengan rekod dua kemenangan dan dua keputusan seri serta satu kekalahan.

Dalam perlawanan tersebut, JDT terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Marcos Guilherme pada minit ke-36 selepas menerima hantaran daripada João Figueiredo.

Bagaimanapun, Ratchaburi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-56 menerusi jaringan Njiva Rakotoharimalala untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Tambahan satu mata itu menyaksikan JDT kekal di kedudukan ketujuh dalam carta Zon Timur dengan perbezaan jaringan positif tiga gol.

Kedudukan tersebut juga menyaksikan JDT masih berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik yang layak ke pusingan 16 terbaik ACLE.

Bagaimanapun, kedudukan JDT masih belum benar-benar selamat memandangkan Jeonbuk Hyundai Motors yang berada di tangga kelapan hanya mengumpul tujuh mata daripada empat perlawanan.

Jeonbuk masih mempunyai peluang untuk memintas JDT sekiranya berjaya memperoleh keputusan positif dalam aksi kelima mereka.

Dalam masa sama, baki dua perlawanan pada jadual Matchday 5 turut berlangsung pada Rabu dengan keputusan Gamba Osaka menentang Port FC tidak memberikan kesan terhadap kedudukan JDT.

JDT kini perlu memberikan tumpuan kepada baki tiga perlawanan peringkat liga bagi memastikan kedudukan mereka dalam kelompok lapan terbaik Zon Timur dapat dikekalkan.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...