Kim Pan-gon: Kita Beri Tanggapan Bagus Kepada Klinsmann
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon melihat kehadiran jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann di Johor baru-baru ini sebagai petanda positif buat skuad negara.

Bekas pengendali Jerman itu hadir dalam perlawanan ACL membabitkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Ulsan Hyundai. Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan 2-1 untuk Harimau Selatan.

Klinsmann dipercayai bukan saja meninjau lima pemain The Tigers yang dipilih menyertai skuad kebangsaan Korea Selatan untuk pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Malah, legenda Tottenham Hotspur itu mahu melihat sendiri tahap kekuatan Harimau Malaya. Ini kerana ramai pemain JDT mewakili skuad kebangsaan termasuk Arif Aiman Hanapi dan Akhyar Rashid.

Pan-gon percaya kemenangan yang diraih pasukan gergasi Liga Super itu bukan saja menunjukkan tahap bola sepak Asia Tenggara termasuk Malaysia kepada Klinsmann.

Advertisements

Malah, beliau percaya ini akan membuatkan bekas jurulatih Amerika Syarikat itu tidak memandang enteng cabaran Harimau Malaya dalam Piala Asia 2023 nanti.

“Ya, saya fikir (disebabkan) beliau (mempersiapkan pasukan) menentang Singapura untuk perlawanan (kelayakan Piala Dunia 2026) dan menentang Malaysia (untuk Piala Asia 2023). Saya fikir beliau datang ke sini untuk melihat bola sepak Asia Tenggara.

Advertisements

“(Beliau berbuat demikian) kerana beliau tidak tahu. Beliau baru saja datang ke Asia, saya fikir beliau mahu melihat sesuatu. Saya fikir kita telah beri tanggapan yang bagus kepada beliau.

“Beliau merasakan Malaysia satu pasukan yang kuat. Dan Singapura pasukan yang kuat juga kerana (Lion City Sailors) berjaya mengalahkan Jeonbuk Hyundai (Motors) 2-0.

Advertisements

“Jadi, pada saya bagus untuk menunjukkan kepada beliau tahap Malaysia seperti suasana, tahap stadium, tahap penyokong (dan) tahap permainan. Ia (Perlawanan JDT-Ulsan Hyundai) satu perlawanan yang bagus, perlawanan bertaraf tinggi.

“Jadi, saya fikir kita telah beri tanggapan yang bagus kepada beliau. Harapnya, beliau akan menghormati Malaysia dan bila mereka (Korea Selatan) menentang Singapura, harapnya mereka menghormati Singapura juga,” katanya kepada MakanBola dalam sidang media semalam.

Malaysia kini sedang membuat persiapan untuk perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan.

Harimau Malaya bakal berdepan The White Falcons di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram