Piala Dunia U17: Uzbekistan Kejutkan England, Layak Ke Suku Akhir
Piala Dunia
UFA
Advertisements

Skuad B-17 England tergamam apabila disingkirkan pasukan gergasi Asia, Uzbekistan dalam pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia B-17 2023.

Ubi muda The White Wolves yang dibimbing Jaloliddin Rakhmatullaev berharap dapat mengulangi pencapaian layak ke suku akhir dalam edisi 2016.

Sementara The Three Lions pula melihat kemaraan ke suku akhir sebagai kunci untuk mengulangi kejayaan menjulang Piala Dunia B-17 edisi 2017.

Advertisements

Keinginan England memulakan perlawanan dengan positif tidak berhasil apabila Amir Saidov meletakkan Uzbekistan di hadapan pada minit keempat.

Itu merupakan gol keempat yang dijaringkan penyerang muda Bunyodkor itu sepanjang kejohanan.

Tersentak, England yang dibimbing Ryan Garry mula memburu gol penyamaan. Hasilnya, Joel Ndala menyumbat gol ketiga beliau dalam kejohanan pada minit ke-35.

Advertisements

Kedua-dua pasukan terus bersaing mendapatkan gol tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, The Three Lions terus menggandakan serangan bagi mencari gol kedua.

Malangnya, gol yang dicari mereka tidak muncul-muncul. Sebaliknya, The White Wolves kembali di hadapan menerusi kapten Laziz Mirzaev pada minit ke-67.

Advertisements

Gol tersebut mendorong barisan serangan England meningkatkan serangan ke arah gawang Uzbekistan. Bagaimanapun, penjaga gol Mukhamadyusuf Sobirov memastikan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ini menjadikan The White Wolves satu-satunya wakil Asia yang berjaya mara ke Piala Dunia B-17 edisi kali ini.

Sofascore memilih Sobirov sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.7 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram