Piala FA: Malaysian University Minta Aksi Suku Akhir Pertama Di Stadium Sultan Ibrahim
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Wakil Liga A1 Semi Pro, Malaysian University FT (MUFT) memohon agar aksi suku akhir pertama Piala FA 2024 diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Permohonan ini didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam kepada media selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Presint 5, Putrajaya.

Ad
Sponsors

Selepas berjaya mengalahkan PDRM FC dalam aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024, Malaysian University bergelut mencari stadium bersesuaian sebagai venue aksi suku akhir.

Ad

Lantas, pengurusan pasukan itu telah membuat permohonan kepada pengurusan Harimau Selatan untuk menjadikan SSI sebagai tuan rumah aksi suku akhir pertama pada 29 Jun ini.

Stuart melihat Malaysian University boleh berbuat demikian kerana mana-mana pasukan boleh mencalonkan mana-mana stadium sebagai venue tuan rumah.

Ad

“Pada Jumaat, MUFT telah menghantar surat kepada Johor untuk memohon penggunaan stadium (SSI) untuk aksi suku akhir pertama. Saya fikir MUFT (mula mencari venue) selepas meraih kemenangan (ke atas PDRM).

Ad

“Dan memahami mereka bakal menjadi tuan rumah untuk suku akhir pertama, mereka bergelut mencari venue untuk aksi suku akhir pertama. Kita memang tahu komunikasi surat antara MUFT dan JDT untuk memohon SSI sebagai venue tuan rumah,” katanya.

Ad

Stuart turut berharap Malaysian University untuk menjelaskan keputusan ini kerana ini keputusan yang telah dibuat mereka untuk aksi suku akhir Piala FA 2024.

“Dalam peraturan, mana-mana pasukan boleh mencalonkan mana-mana stadium sebagai venue tuan rumah. Jadi, ini satu keputusan yang dibuat MUFT.

“Sebaiknya MUFT tampil menjelaskan tentang hal ini kerana mereka yang membuat permohonan tersebut,” tambahnya.

JDT dan Malaysian University bakal berentap dalam aksi suku akhir pertama Piala FA 2024 di SSI pada 29 Jun ini.