Piala FA: Skuad Kedua JDT  Mudah Benam Malaysian University
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Skuad kedua Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah apabila menumpaskan kelab Liga A1, Malaysian University dengan keputusan 5-1.

Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio memberi peluang kepada beberapa pemain baharu untuk beraksi seperti Ramadhan Saifullah, Mo Sumareh, Safiq Rahim, Natxo Insa dan juga Junior Eldstal.

Ad

Babak pertama menyaksikan tuan rumah mendominasi permainan namun jaringan Corbin-ong menjadi pemisah antara kedua pasukan.

Ad

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Selatan menggandakan asakan dan berpesta jaringan bermula dengan jaringan pemain gantian, Fransisco Geraldes.

Ad

Jaringan ketiga oleh Geraldes dan keempat menerusi tandukan Shahrul Saad hadir dengan cukup mudah menewaskan penjaga gol Malaysian University, Ashraf Fadhli.

Ad

Pesta jaringan JDT berterusan menerusi hantaran cantik Safiq Rahim sebelum lorongan Corbin-Ong disudahkan dengan kemas oleh Romel Morales pada minit ke-80.

Ad

Aksi timbal balik antara kedua pasukan bakal berlangsung pada 5 Julai 2024 untuk menentukan tempat ke separuh akhir.