Piala Kelab Dunia: Al-Ahly Rangkul Tempat Ketiga, Atasi Cabaran Urawa Reds
Piala Dunia
Al-Ahly SC
Advertisements

Al-Ahly terpaksa bekerja keras sebelum menggondol tempat ketiga Piala Kelab Dunia FIFA edisi 2023.

Kejayaan wakil benua Afrika itu dicapai selepas mengatasi cabaran juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim lepas, Urawa Reds dalam perlawanan penentuan tempat ketiga/keempat hari ini.

Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza. The Red Devils bukan saja mahu mengulangi pencapaian tempat ketiga Piala Kelab Dunia FIFA yang diraih pada 2007.

Advertisements

Malah, kemenangan hari ini dianggap hadiah perpisahan buat jurulatih Maciej Skorza yang akan meninggalkan kelab selepas kejohanan.

Sementara Al-Ahly pula mahu menebus kehampaan selepas hanya meraih tempat keempat dalam Piala Kelab Dunia edisi 2022.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang bagi mendapatkan kelebihan awal.

Advertisements

Al-Ahly terlebih dahulu meraih gol pertama menerusi bek tengah Yasser Ibrahim pada minit ke-19. Belum sempat Urawa bangkit mengejar, mereka dibolosi lagi buat kali kedua pada minit ke-25.

Penyerang Afrika Selatan, Percy Tau menyumbat gol keenam beliau musim ini selepas menyudahkan hantaran Ahmed Nabil Koka.

The Red Devils memastikan mereka hanya ketinggalan 2-1 semasa rehat separuh masa menerusi gol Jose Kante pada minit ke-43.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, tuah memihak kepada Urawa apabila dianugerahkan sepakan penalti. Ini selepas pengadil mengesan pemain Al-Ahly memegang bola dengan tangan dalam kotak penalti.

Bek tengah Denmark, Alexander Scholz memastikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 dengan sepakan penalti pada minit ke-52.

Keceriaan kem The Red Devils hilang apabila pemain tengah Yoshio Koizumi menjaringkan gol sendiri pada minit ke-60.

Advertisements

Juara ACL edisi 2022 itu makin tertekan apabila pengadil mengesan Takuya Ogiwara menjatuhkan pemain Al-Ahly dalam kotak penalti.

Malangnya, keinginan The Red Giant menambah gol tidak kesampaian apabila penalti Ali Maaloul berjaya diselamatkan penjaga gol Urawa, Shusaku Nishikawa.

The Red Devils berusaha mencari gol penyamaan tetapi gagal. Sebaliknya, Maaloul menebus kegagalan penaltinya dengan sepakan percuma cantik menewaskan Nishikawa pada minit akhir perlawanan.

Gol tersebut sudah cukup memastikan Al-Ahly meraih tempat ketiga dengan kemenangan 4-2.

Sofascore memilih Karim Fouad sebagai pemain terbaik perlawanan selepas merekodkan markah 7.8 mata. Sementara Scholz pula dipilih sebagai pemain terbaik Urawa dengan markah 7.1 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram