Piala MFL: Dua Gol Pantas JDT Buat Selangor Tumbang
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Aksi tunggal Piala MFL pada Khamis menyaksikan Selangor tidak berjaya mempertahankan gol awal apabila tumbang di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) II di Shah Alam.

Setelah diikat seri 1-1 oleh Negeri Sembilan dua minggu lalu, Selangor turun melayani kunjungan pendahulu, JDT II yang terikat seri ketika berdepan Kelantan DN sebelum ini.

Ad

Kesebelasan utama Selangor dibarisi nama-nama seperti Haykal Danish, Sharul Nazeem dan Omid Musawi manakala JDT menurunkan Gabriel Nistelrooy selaku penggempur utama.

Ad

Tuan rumah tidak perlu menunggu masa yang lama untuk membuka tirai jaringan menerusi penyudah sempurna oleh penyerang, Aliff Izwan Yuslan seawal minit ke-10 permainan.

Ad

Seakan tersentak, JDT mula bangkit mengatur gerak dan sempat menguji pintu gawang lawan Selangor menerusi Daryl Sham dan Aysar Hadi namun masih tidak berhasil.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Selangor 1-0 JDT II.

Ad

Kembali dari rehat, anak didik Juan Rodriguez dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-58 dan tugas itu disudahkan dengan tenang oleh penjaring terbanyak, Gabriel Nistelrooy.

Lima minit berselang, giliran bekas bintang muda Negeri Sembilan, Danish Syamer pula meletakkan JDT di hadapan apabila menewaskan Azeem Izhar di pintu gol Selangor.

The Red Giants berusaha memburu jaringan penyamaan dengan membawa masuk tonggak tengah, Alex Agyarkwa di pertengahan aksi bagi menambah sengat di jentera tengah.

Perlawanan di Stadium UiTM Shah Alam berakhir dengan keputusan 2-1 memihak JDT.

Keputusan ini memastikan Harimau Selatan menerajui carta Piala MFL dengan kelebihan empat mata ke atas Selangor di tangga kedua namun masih kekurangan satu perlawanan.

Aksi Piala MFL pada minggu hadapan menyaksikan Selangor akan menentang KL City Extension di Cheras manakala JDT II bakal berkunjung ke utara tanah air untuk bertemu Penang II.